Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani,
Terima kasih sudi meluangkan masa melawat laman inovasi 'Kuasai Kata Adjektif' !
KUASAI KATA ADJEKTIF
Projek inovasi ini diberi nama ‘Kuasai Kata Adjektif’ selaras dengan asal pembentukan inovasi ini. Kata ‘kuasai’ merujuk kepada hasil yang akan diperoleh oleh murid setelah menggunakan inovasi ini dalam pembelajaran mereka yang dibimbing oleh pengajaran dan bimbingan guru. Seterusnya, kata ‘kata adjektif’ merupakan inti kepada inovasi ini yang berfokus pada pemudahaan dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berkaitan kata adjektif.
TUJUAN & RASIONAL
Melatih guru untuk memanfaatkan kemudahan teknologi dalam pendidikan agar selari dengan tuntutan alaf Pendidikan Abad Ke-21
Guru dapat menjimatkan masa dalam proses penyediaan bahan bantu mengajar yang interaktif dan dapat digunakan berulang kali
Penggunaan Flippity sebagai permainan digital memberi suasana belajar sambil bermain
OBJEKTIF
Guru boleh menggabungkan kaedah pengajaran tradisional dan digital melalui Flippity dengan pelbagai jenis permainan
Murid dapat memahami fungsi setiap kata adjektif sekali gus memantapkan ejaan dan kesesuaian kata adjektif berdasarkan ayat.
Penggunaan teknologi dalam bentuk bahan pengajaran dapat meningkatkan fokus murid lebih lama dengan kaedah permainan
VIDEO PROMOSI INOVASI 'KUASAI KATA ADJEKTIF'