Pesanan ​Pengetua SMK TUN HUSSEIN ONN


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

       Alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana dengan izin-Nya dapat saya memberi sepatah dua kata di dalam ruangan laman Bicara Kaunselor ini. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah kerana telah membangunkan laman laman Bicara Kaunselor ini untuk kegunaan warga sekolah.

Selaras dengan hasrat PPPM 2013-2025 dalam anjakan ke 7 untuk Transformasi Sistem yang digariskan dalam PPPM 2013 – 2025, memberi penekanan kepada warga sekolah untuk memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

Sehubungan dengan itu,  dengan adanya aplikasi laman diharapkan dapat memberi peluang kepada guru dan pelajar menggunakan teknologi pembelajaran secara maya dalam mempelbagaikan corak pertemuan dan temu janji untuk memudahkan mereka berhubung bagi menyelesaikan isu semasa. Ini secara tidak langsung dapat merealisasikan hasrat yang telah di susun oleh KPM.

Selain itu, diharapkan laman Bicara Kaunselor ini juga dapat mempertingkatkan kualiti pengurusan dan pendidikan supaya lebih cekap dan mantap serta memberi kemudahan kepada pihak sekolah khususnya kepada pelajar untuk khimat kaunseling secara dalam talian ataupun pertemuan.

 Sebelum saya mengakhiri kata-kata ini, sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam pembangunan laman Bicara Kaunselor

Sekian, terima kasih.

 

ABD NASER BIN OTHMAN

Pengetua