Syarat Pertandingan Bercerita (BAHASA MELAYU)


  1. Penyertaan terbuka kepada murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) kategori kurang upaya pembelajaran yang sedang berada di sekolah menengah. Peserta mestilah berumur dari 15 hingga 18 tahun.


  1. Maksimum dua orang peserta mewakili setiap sekolah bagi kategori Bahasa Melayu.


  1. Sumber bahan cerita hendaklah dipilih daripada medium berikut :

3.1 buku-buku cerita yang terdapat dalam pasaran.

3.2 cerita-cerita dari majalah dan media massa lain.

3.3 cerita-cerita daripada bahan elektronik / internet.

3.4 hasil karya sendiri.


  1. Tema Cerita: Kisah Tauladan dan Pengajaran.


  1. Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran dan nilai-nilai murni sejagat yang tidak menyentuh isu-isu politik, ras dan agama.


  1. Cerita yang dipilih perlulah bersesuaian dengan tahap umur murid.


  1. Cerita tersebut perlu pelbagai jenis dan skopnya serta tidak tertumpu kepada cerita-cerita rakyat sahaja.


  1. Panjang cerita hendaklah bersesuaian dengan masa yang diperuntukkan. Setiap peserta diberi masa untuk bercerita antara 6 minit hingga 8 minit.

  1. Loceng akan dibunyikan 2 kali pada minit ke-8, menandakan masa persembahan telah tamat.


  1. Unsur puisi, nyanyian dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan penceritaan tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan.


  1. Penggunaan kostum, alat bantu(props), muzik dan kesan bunyi semasa bercerita dibenarkan.


  1. Elakkan perkara-perkara seperti berikut:

12.1 menyentuh isu-isu sensitif tentang politik,ras dan agama;

12.2 membaca teks cerita atau bahan rujukan secara terus menerus dan dibantu oleh orang lain;


  1. Pemenang akan ditentukan melalui kiraan markah dan juri hakim.


  1. Sekiranya berlaku seri, kriteria berikut harus diambil kira untuk menentukan pemenang:

14.1 teknik persembahan

14.2 bahasa dan pertuturan

14.3 penghayatan cerita.


  1. Setiap peserta dikehendaki mengisi dan melengkapkan borang penyertaan ke pautan google form yang diberikan.


  1. Bilangan panel hakim akan ditentukan oleh pihak penganjur.


  1. Keputusan panel hakim adalah muktamad dan markah tidak akan diumumkan. Sebarang rayuan dan bantahan tidak akan dilayan.


  1. Semua kos penyediaan untuk pertandingan adalah tanggungan peserta.


  1. Pihak penganjur berhak berkongsi video yang terpilih untuk dimuat naik dalam media sosial rasmi sekolah tanpa sebarang tuntutan oleh peserta.


  1. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada urus setia di 019-7700098.