SYARAT PERTANDINGAN
1. Kategori dan Jarak Larian:
Lelaki Bawah 12 Tahun (Terbuka): 5 km
Perempuan Bawah 12 Tahun (Terbuka): 5 km
2. Penyertaan:
8 peserta ( 4 Lelaki + 4 Perempuan) setiap sekolah.
Penyertaan terbuka kepada murid yang berumur 12 tahun dan ke bawah.
3. Pendaftaran:
Pendaftaran peserta hendaklah dibuat sebelum hari kejohanan. Klik pautan pendaftaran di bawah untuk melengkapkan butiran pendaftaran.
Pendaftaran peserta perlu dilengkapkan SEBELUM/PADA 7 Februari 2026 untuk peserta dapat mewakili Kejohanan Merentas Desa Bendang Run Peringkat Negeri 2026. (Tarikh pengisian pendaftaran Google Form dilanjutkan sehingga 11 Februari 2026)
Guru Pengiring perlu menyediakan salinan sijil kelahiran atau MyKid/IC yang telah disahkan oleh Guru Besar sekolah masing-masing untuk pengesahan pendaftaran di meja Urusetia Pendaftaran.
4. Peraturan Pertandingan:
Pertandingan dijalankan mengikut format MSSPP, dan Peraturan Kejohanan Merentas Desa MSSPP tahun semasa.
Peserta perlu memakai pakaian sukan yang sesuai dan nombor bib yang disediakan oleh penganjur di meja urusetia semasa pendaftaran.
Peserta hendaklah melaporkan diri sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu acara bermula.
Sebarang bantahan perlu disertakan dengan wang tunai sebanyak RM200.
5. Penentuan Pemenang:
Individu: Medal akan diberikan kepada pemenang tempat pertama hingga ke tempat kesepuluh sahaja.
Sijil penyertaan (e-cert) akan diberikan kepada setiap peserta dan sijil pencapaian (hardcopy) akan diberikan kepada setiap pemenang.