PENGENALAN
Google Classroom adalah merupakan aplikasi yang disediakan oleh pihak Google. Pengguna atau organisasi yang telah mendaftar dengan Google Education atau pengguna Email Gmail biasa akan dapat Google Classroom. Google Classroom dilihat adalah merupakan aplikasi yang lebih maju dalam menepati ciri-ciri pembelajaran Abad Ke-21. Google Classroom juga dilihat banyak menyelesaikan masalah yang berkait dengan capaian, arahan aplikasi dan dilihat lebih mesra pengguna.
Guru dan pelajar boleh menggunakan Google Classroom ini dengan mudah, menarik dan berkesan. Apa yang istimewa tentang Google Classroom ini ialah aplikasi ini boleh dicapai bukan sahaja menerusi komputer peribadi dan laptop tetapi aplikasi ini juga boleh dicapai menerusi gajet seperti telefon bimbit sama ada yang menggunakan sistem operasi Android ataupun IOS untuk Iphone mahupun Ipad.
Jika sebelum ini Google Drive sebagai salah satu aplikasi yang maju dalam melaksanakan tugas terutama yang melibatkan perkongsian data, maklumat, fail dan folder. Kaedah ini dilihat adalah yang tercanggih pada abad ini. Namun melalui Google Classroom aplikasi ini masih lagi menggunakan Aplikasi Google Drive tetapi dilihat lebih kemas, teratur dan bersistem.
Namun atas kemudahan yang disediakan oleh pihak Google saya terpanggil untuk berkongsi dengan rakan-rakan pendidik supaya menggunakan teknologi ini supaya suasana proses pengajaran dan pembelajaran di kelas menjadi suatu proses pembelajaran yang menyeronokkan murid dan guru kerana penggunaan aplikasi ini lebih bersifat interaktif dan sentiasa ada kolaboratif dengan pelajar dan guru.
Banyak kelebihan yang terdapat dalam Google Classroom ini, antaranya ialah :
Untuk Guru :
1. Guru boleh membina sebarapa banyak Classroom mengikut mata pelajar yang diajar
2. Guru boleh membina tugasan untuk pelajar secara individu dengan kaedah atas talian
3. Guru boleh menanda tugasan secara atas talian dan memberi markah tugasan secara individu.
4. Guru boleh membuat komen hasil kerja pelajar secara atas talian.
5. Guru boleh melihat sejarah memberi tugasan sepanjang masa menggunakan Google Classroom
6. Guru boleh membuat analisis markah latihan yang diberi yang telah di buat oleh sistem secara automatik.
7. Guru boleh menghantar tugasan pelajar setelah siap di semak secara atas talian
8. Guru mengetahui pelajar mana yang masih belum menghantar tugasan dan pelajar yang telah menghantar tugasan
9. Guru boleh menentukan masa untuk pelajar menjawab dan menyelesaikan tugasan mengikut masa yang telah ditetapkan
Untuk Murid/Pelajar :
1. Murid dapat membuat tugasan yang dikongsikan oleh guru secara individu walaupun latihan yang sama diberi
2. Murid boleh menjawab tugasan tanpa perlu menghiraukan dokumen tersebut bercampur dengan dikongsikan dengan pelajar lain.
3. Murid boleh menghantar tugasan kepada guru dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan oleh guru.
4. Murid boleh membuat pembetulan semula dokumen mereka setelah mendapat komen penambahbaikkan daripada guru dan menghantar semua tugasan kepada guru
5. Murid boleh melaksanakan perkongsian dokumen kepada guru mahupun rakan sekelas.
Paling menarik ialah aplikasi Google Classroom ini boleh menjimatkan masa dan kertas kerana semua boleh dilaksanakan secara atas talian.
CIRI-CIRI GOOGLE CLASSROOM
Kelas Persediaan Kod - kelas boleh dihasilkan dengan cara menggunakan kod kelas dan pelajar perlu memasukkan kod kelas berkenaan untuk menyertai kelas. Proses ini menghapuskan keperluan untuk mewujudkan senarai nama awal sebelum kelas diwujudkan.
Integrasi Google Drive – Apabila seorang guru menggunakan Google Classroom, sebuah "Classroom" folder akan dicipta dalam akaun Google Drive mereka dengan sub-folder bagi setiap kelas baru yang mereka buat
Kumpulan Pelajar - Apabila pelajar menggunakan Google Classroom, sebuah "Classroom" folder dicipta dalam akaun Google Drive mereka, dengan sub-folder bagi setiap kelas yang mereka sertai.
Automasi - Semasa membuat tugasan yang merupakan Dokumen Google, Google Classroom akan membuat salinan dan mengedarkan salinan individu iaitu Dokumen Google kepada setiap pelajar di dalam kelas
Tarikh luput / tamat - Apabila membuat tugasan, guru menunjukkan tarikh akhir untuk menyiapkan tugasan kerja.Tugasan yang dihantar oleh pelajar sebelum tarikh yang ditetapkan, pelajar itu serta-merta akan "Melihat" status di atas dokumen yang, membolehkan penggredan guru berlaku.
Turn In & Return - Apabila pelajar menghantar tugasan kerja mereka, guru boleh memberi maklum balas manakala pelajar boleh Melihat status tugasan mereka. Apabila kerja-kerja dikembalikan kepada pelajar, pelajar boleh melakukan suntingan semula kepada Editing statusuntuk terus bekerja pada dokumen yang sama.
Big Picture View -guru dan pelajar boleh melihat semua kelas mereka dari skrin Utama Google Google Classroom.Hal ini, membolehkan gambaran keseluruhan tugasan akan datang merentasi pelbagai kelas.
Komunikasi - Melalui gabungan pengumuman kelas yang dihasilkan oleh guru, dan ciri-ciri bersepadu ini dapat mengulas tugasan yang diberi, guru dan pelajar boleh mempunyai keupayaan untuk meningkatkan komunikasi antara mereka dan mengetahui latihan yang telah dilaksanakan sebelum ini.