KE LAMAN PERKONGSIAN APLIKASI GOOGLE CLASSROOM
Pemegang Sijil Pentauliahan Google
GCE 1, GCE 2 & GGI
"MERINTIS PERUBAHAN TEKNOLOGI DIGITAL"
Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya ucapkan kepada semua pelawat-pelawat laman sesawang ini. Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya maka saya dapat menyiapkan laman sesawang ini untuk tujuan perkongsian ilmu dan akviti-aktivit saya sebagai 'Google Innovator'.
Harapan saya laman sesawang ini dapat membantu rakan-rakan guru untuk mempelajari Google Classroom bagi tujuan pengurusan dan pentadbiran di sekolah juga untuk tujuan PdPc sesuai dengan era Revolusi Industri 4.0, dengan penggunaan teknologi digital dalam semua bentuk untuk memudahkan urusan seharian.
Sejarah Google Classroom ini telah bermula pada tahun 2014, dan di Malaysia aplikasi ini mula digunakan pada tahun 2015 dan aplikasi ini, agak asing bagi pengguna-pengguna aplikasi Google kerana aplikasi ini hanya dapat digunakan oleh mereka yang mempunyai 'Domain' dan 'Hosting' sendiri yang berdaftar dengan Google. Saya sendiri telah menggunakan aplikasi ini pada tahun 2015 bersama dengan pelajar-pelajar saya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Menjelang tahun 2016, aplikasi ini telah saya gunakan untuk pengurusan dan pentadbiran E-RPH di sekolah saya sehinggalah ke hari ini. Aplikasi ini juga telah di tambah baik untuk kegunaan pengurusan Kokurikulum dan Pengurusan HEM. Pada Julai 2017 aplikasi Google Classroom ini telah boleh digunakan pada E-mail Gmail biasa. Bermula dari saat inilah aplikasi Google Classroom semakin popular dan digunakan di kebanyakan sekolah.
Hari ini, aplikasi ini semakin dikenali dan popular dalam kalangan guru, kerana sifatnya yang mesra pengguna dan mudah dikendalikan. Aplikasi ini menjadi pilihan para guru kerana Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan email melalui pelantar Gsuite kepada semua guru dan pelajar di Malaysia. Hal ini sudah pasti akan memudahkan aplikasi ini digunakan dan dipelajari oleh semua pengguna dari berbilang umur dan tahap pemikiran.
Bagi melengkapkan Pentauliahan Sijil 'Google Innovator', saya telah menjadikan inovasi Pengurusan E-RPH guru ini sebagai satu projek inovasi yang diketengahkan di peringkat antarabangsa. Alhamdulillah idea ini telah diterima dan saya telah pun ditauliahkan sebagai 'Google Innovator' dan Insya-Allah inovasi ini akan saya gunakan dan melaksanakan pengubahsuaian mengikut peredaran masa dan perubahan aplikasi dalam Google Classroom. Selamat menggunaan Google Classroom.
Yang benar,
Kamarulzamri Bin Bakar
Google Innovator / Guru Penyelaras Bestari SMSTJ