Masyarakat Bajau terkenal dengan kerja tangan seperti menyulam dan tenunan. Selain itu juga mereka juga terkenal dengan petani yang rajin dan penunggang kuda yang cekap.
Masyarakat Bajau merupakan salah satu masyarakat yang terdapat di Negeri Sabah.
Bajau merupakan kaum yang kedua majoriti di sabah dengan populasi sebanyak 15% di negeri Sabah.
Pakaian tradisional Bajau adalah mengikut daerah kerana setiap daerah mempunyai kelainannya tersendiri.
Bekerja sebagai petani dan nelayan di persisiran pantai barat, sementara di Pantai Timur Sabah, mereka menunggang kuda dan merupakan bagian dari suku Bajau yang mahir dalam pekerjaan sebagai nelayan dan penyelam.
Banyak anggota suku Bajau/Samah yang dapat ditemui di sepanjang pantai, sesuai dengan pekerjaan utama mereka sebagai nelayan atau pelaut. Tradisi menyatakan bahwa mereka merupakan keturunan pelaut dan menghormati Omboh Dilaut (Tuhan Laut).
Masyarakat Bajau juga dikenali sebagai masyarakat yang terkenal dengan kekayaan dan mempunyai kemahiran untuk menahan nafas dengan lama di dalam air kerana mereka kebanyakkannya banyak melakukan aktiviti di air seperti menangkap ikan.
Merupakan baju tradisional yang digunakan oleh pihak perempuan (Bajau Samah) . Blaus satin yang berlengan panjang dan bewarna cerah. Pakaian tradisional ini lebih digunakan semasa majlis bersanding perkhawinan dan permainan "Sepak Manggis"
Merupakan baju yang digunakan oleh masyarakat Bajau, di Pantai Timur Semporna dalam sambutan pesta "Regatta Lepa" atau pesta air yang diadakan setiap tahun yang dihiasi dengan corak berwarna-warni. Selain itu juga baju ini selalunya digunakan untuk persembahan tarian Igal-igal ( Si Ratu Lepa) Si Penyeri Perahu
Bajau-Samah merupakan suku kaum yang mendiami negeri di Bawah Bayu sejak beratus tahun dahulu dan merupakan penghuni terawal yang mendiami Kota Belud dan Tuaran. Mereka dikenali dengan gelaran “Koboi Timur” kerana kemahiran dan kecekapan mereka menunggang kuda
Pesta Regatta Lepa (Pesta Air) budaya dan adat resam suku kaum Bajau di Sabah khususnya di Semporna. Masyarakat Bajau berkumpul menyambut acara ini termasuk pertandingan 'Lepa Tercantik' yang menjadi perhatian utama. Lepa adalah sejenis bot atau perahu yang banyak digunakan oleh suku kaum bajau dalam kehidupan seharian mereka terutama sekali di daerah Semporna, Sabah
Badu Sampit
Sarung Olos Berangkit
Mandapun
Sarempak
Selendang
Tali Pinggang
Jabang
Bungkah
Kambot
Salung Kuku
Kain Sarong
Baju Baldu Hitam