KEMBALI KE
UNIT : 4
TAJUK : Saya Sihat
Tajuk Kecil : Perihal Penderma Darah
STANDARD KANDUNGAN
1.2 Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan.
3.2 Menulis perkataan , frasa dan ayat yang bermakna.
1.2.1 Bertutur untuk menilai dan memberikan alasan tentang sesuatu perkara secara bertatasusila mengikut konteks
3.2.2 Menghasilkan jawapan pemahaman berdasarkan soalan bertumpu secara kritis dan kreatif
OBJEKTIF :
a) Murid dapat bertutur untuk menilai dan memberikan alasan tentang sesuatu perkara bertatasusila mengikut konteks
b) Murid dapat menghasilkan jawapan pemahaman berdasarkan soalan bertumpu secara kritis dan kreatif.
Aktiviti : Membaca teks dan melengkapkan Peta Bulatan.
Semua murid dikehendaki menonton video di atas bagi mendapatkan maklumat.
PENGENALAN
Seorang penderma darah perlu memenuhi beberapa syarat sebelum dibenarkan menderma darah. Pertama, mereka perlu berumur antara 18 hingga 60 tahun. Selain itu, mereka juga perlu bebas daripada penyakit kronik.
Penderma darah juga perlu makan dan mendapat rehat secukupnya supaya tidak lemah semasa menderma darah. Mereka yang baru mengambil alkohol serta ubatan berjadual tidak dibenarkan menderma darah.
Syarat-Syarat Menderma Darah.
Seorang penderma darah perlu memenuhi beberapa syarat sebelum dibenarkan menderma darah. Pertama, mereka perlu berumur antara 18 hingga 60 tahun. Selain itu, mereka juga perlu bebas daripada penyakit kronik.
Penderma darah juga perlu makan dan mendapat rehat yang secukupnya supaya tidak lemah semasa menderma darah. Mereka yang baru mengambil alkohol serta ubatan berjadual tidak dibenarkan menderma darah.
AKTIVITI
AKTIVITI 1
a) Murid meneliti gambar dan menyatakan situasi yang terdapat dalam gambar secara lisan.
b) Murid menyatakan secara lisan syarat-syarat menderma darah.
AKTIVITI 2
a) murid membaca petikan secara mekanis " Perihal penderma darah" dan " Syarat-syarat menderma darah".
b) Guru bersoal jawab dengan murid tentang petikan yang dibaca.
AKTIVITI 3
a) Murid melengkapkan peta bulatan tentang syarat menderma darah.
b) Murid menjawab kuiz yang telah disediakan.
PENILAIAN KENDIRI
PENILAIAN 1
Murid dikehendaki melengkapkan peta bulatan " Syarat Penderma Darah" di dalam buku latihan.
PENILAIAN 2
Murid menyatakan secara lisan nilai-nilai murni yang dipelajari dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Nilai-nilai murni
bersyukur
bantu- membantu
kemasyarakatan
PENILAIAN 3
DISEDIAKAN OLEH:
NORSULIANA BINTI MOHD YUSOF
SK LANGKASUKA