1) Ada udang disebalik batu
Maksud : Ada agenda yang tersembunyi
2) Air beriak tanda tak dalam
Maksud :Ramai bercakap biasanya tanda tak berilmu
3) Air dicincang tak akan putus
Maksud : Pergaduhan antara adik-beradik tak akan berpanjangan
4) Air digenggam tiada tiris
Maksud : Amat berhati-hati membelanjakan wang
5) Ajak-ajak ayam
Maksud : Ajakan yang tanpa bersungguh-sungguh
6) Bagai anjing dengan kucing
Maksud : Bergaduh apabila berjumpa
7) Bagai aur dengan tebing
Maksud : Membantu antara satu sama lain
8) Bagai bulan dipagar bintang
Maksud : Seorang perempuan yang cantik
9) Bagai bulan jatuh ke riba
Maksud : Dapat sesuatu yang tidak disangka
10) Bagai isi dengan kuku
Maksud : Persahabatan amat erat
11) Bagai dakwat dengan kertas
Maksud : Hubungan yang tidak pernah dipisahkan
12) Hangat-hangat tahi ayam
Maksud : Tidak bersungguh-sungguh membuat sesuatu perkara
13) Habis madu sepah dibuang
Maksud : Digunakan apabila ada keperluan, selepas itu ditinggalkan
14) Hanyut dilepasi, lulus diselangi, hilang dicari
Maksud : Membantu seseorang yang ditimpa kesusahan
15) Jauh di mata, dekat di hati
Maksud : Meskipun telah jauh berpisah, tetapi tiada lupa pada yang ditinggalkan
16) Kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang lupa akan asal-usul atau orang yang pernah menolongnya
17) Kais pagi makan pagi , kais petang makan petang
Maksud : Orang miskin yang perlu sentiasa bekerja
18) Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
Maksud : Peribadi anak selalu dipengaruhi oleh ibu bapa dirinya
19) Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan
Maksud : Menyatakan terima kasih atas pertolongan orang lain
20) Nyawa-nyawa ikan
Maksud : Hampir-hampir mati
21) Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa
Maksud : Setiap pertolongan orang hendaklah kita kenangi
22) Seperti anai-anai makan kayu
Maksud : Lakukan sesuatu yang begitu rajin
23) Seperti api dalam sekam
Maksud : Perbuatan jahat yang dilakukan secara tersembunyi
24) Seperti anjing bertemu pasir
Maksud : Orang yang telah menemui barang kegemaran dirinya
25) Seperti ayam berak kapur
Maksud : Muka pucat kerana menghidap penyakit
26) Seperti cincin dengan permata
Maksud : Pasangan yang sesuai, sama padan
27) Sirih pulang ke gagang
Maksud : Kembali ke tempat yang asalnya
28) Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat tidak mengubah atau sesuatu yang utuh
29) Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata
Maksud : Tentulah ada sebabnya apabila orang menyatakan sesuatu perkara
30) Jari kudung dimasukkan cincin
Maksud : Membuat perkara tidak pada tempatnya