Bahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga bahasa Nusantara di bawah golongan bahasa Sumatera. Bahasa Melayu kuno digunakan pada abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya. pada waktu itu, BM kuno telah menjadi lingua franca dan bahasa pentadbiran kerana sifat bahasa Melayu yang bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Bahasa Melayu juga tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.
Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik
Pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13 turut memberi kesan kepada perkembangan bahasa Melayu. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah banyak mengubah sistem bahasa Melayu terutama dari aspek kosa kata, struktur ayat dan sistem tulisan.
Perkembangan Bahasa Melayu Moden
Bahasa Melayu moden dikatakan bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden kerana sifatnya yang dikatakan agak menyimpang dengan bentuk bahasa Melayu klasik. Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.