Pengenalan
Bahasa Korea mula diperkenalkan di SMK Putrajaya Presint 18(1) pada Mac 2023 dengan seorang tenaga pengajar dan 70 orang murid yang terdiri daripada murid Tingkatan 1. Terdapat 2 buah kelas yang mengambil aliran Bahasa Korea iaitu kelas 1 Azam Damai dan 1 Azam Elit. Murid yang mengambil aliran Bahasa Korea boleh mempelajari bahasa ini sehingga Tingkatan 5. Sesi pembelajaran dan pengajaran adalah secara bersemuka dan dijalankan selama 2 jam seminggu.