[35 markah]
SOALAN 1 :MORFOLOGI
Baca petikan di bawah ini dengan telitinya dan senaraikan empat kata majmuk. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Yang berusaha, Tuan Haji Kuswandi bin Tayen, Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jauhari, barisan guru penolong kanan, guru kanan mata pelajaran, guru cemerlang, guru-guru, dan rakan-rakan yang dikasihi. Bersempena dengan Hari Air Sedunia yang akan disambut pada 22 Mac setiap tahun, saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk, “Kepentingan Sukan Air”.
Hadirin yang dihormati,
Aktiviti sukan, khususnya sukan air, merupakan suatu aktiviti yang sangat menyeronokkan. Saya percaya hadirin gemar berkelah dan bersantai di badan air seperti di tepi pantai, jeram, dan taman tema air, bukan? Namun, selain menghirup udara segar dan berenang di tepi pantai, pernahkah hadirin mengambil bahagian dalam aktiviti sukan air.
Dipetik dan diubah suai daripada
Buku Teks Tingkatan 4,
DBP, 2019.
[8 markah
SOALAN 2 : SINTAKSIS
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi lima ayat seperti berikut.
Subjek :__________________________________________________________
Predikat :__________________________________________________________
Hari kebangsaan merupakan antara sambutan peristiwa penting yang diadakan di negara kita pada setiap tahun. Penglibatan daripada semua peringkat masyarakat amat diperlukan untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan negara. Masyarakat boleh mengambil bahagian melalui pelaksanaan aktiviti pada peringkat sekolah, universiti ataupun peringkat organisasi. Kebanyakan sekolah ataupun organisasi akan mengadakan pertandingan melukis poster, kuiz merdeka, buku skrap dan pidato kemerdekaan. Negara kita perlu disayangi dan dipelihara keharmoniannya agar cengkaman penjajah pada masa lalu tidak akan berulang lagi.
Dipetik dan diubah suai daripada
`Patriotisme Remaja Pemangkin Kesejahteraan Negara’
oleh Nordiana Hamzah,
Dewan Siswa, Ogos 2023
[10 markah]
2. Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi tiga ayat yang anda pilih seperti yang berikut.
Subjek : _______________________________________
Predikat : ______________________________________________
Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan masyarakat yang berbilang etnik dan keturunan. Semua bangsa dapat bekerjasama secara kolektif dan mengamalkan prinsip-prinsip jitu untuk perpaduan. Masyarakat Malaysia hendaklah mengamalkan sikap keterbukaan yang perlu disemai sejak kecil kerana amalan ini membuktikan sebarang usaha mewujudkan perpaduan kaum akan menghasilkan natijah yang berkesan. Masyarakat pelbagai kaum boleh mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat lagi.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Perpaduan : Di manakah Penghujungnya’ oleh Dr Ahmad Zaharuddin Sani Sabri,
[6 markah
2. Baca petikan di bawah dengan telitinya. Nyatakan pola ayat dasar bagi ayat-ayat yang bergaris di bawah.
Banyak pihak tidak menyedari potensi industri desa . Industri ini ialah industri yang mampu meningkatkan ekonomi negara. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan seharusnya memberikan sokongan kewangan. Hal ini dikatakan demikian kerana, pembangunan industri desa sangat penting. Oleh itu, pihak bertanggungjawab harus ke kawasan luar bandar. Tujuannya adalah untuk memberikan penerangan kepada penduduk.
Dipetik dan diubah suai daripada “Kepentingan Pembangunan Industri Desa” oleh Thaarmaraj a/l Ramanatahan,
Dewan Siswa, Bil. 1, 2019
[6 markah]
LATIHAN 1
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Puan Azizah telah memarahi Azmi kerana memecahkan pasu bunga.
2. Ibu bapa harus mengawasi tingkah laku anak-anak supaya mereka tidak tersalah langkah.
3. Puan Sarah menghadiahi Atiqah sebuah kereta Kancil setelah lulus dalam ujian memandu.
4. Ayah saya menyambut kedatangan birasnya yang baru tiba dari Sabah.
5. Dia mendayung sampan itu dengan laju dengan harapan untuk mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut.
LATIHAN 2
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Saya membeli rumah mewah di atas bukit itu dengan duit titik peluh saya sendiri.
2. Ibu Anita membuat kuih bahulu yang sedap itu sempena hari lahir Kalsom.
3. Mereka menyusun kerusi-kerusi itu di padang sebelum acara sukan bermula.
4. Semua pelajar sudah membaca buku cerita yang terdapat di perpustakaan.
5. Saya selalu memasang lampu di hadapan rumah sebelum tidur.
LATIHAN 3
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Kamu perlu membereskan kerja yang diberikan oleh guru sebelum pulang nanti.
2. Ali telah mengambil buku itu semalam.
3. Saya sudah menyelesaikan tugasan itu semalam.
4. Ayah memarahi Kamal kerana pulang jauh malam.
5. Kakak mencuci pakaian kotor di bilik air.
LATIHAN 4
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Saya telah mengirimi adik wang saku untuk keperluannya belajar di luar negara.
2. Ayah menghadiahi emak seutas rantai emas sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
3. Anda patut menyelesaikan tugas itu sekarang juga.
4. Beliau menyandang jawatan yang sangat penting dalam organisasi tersebut.
5. Kakak memasukkan sedikit garam ke dalam gulai yang sangat saya gemari.
LATIHAN 5
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Pengetua mengarahkan guru-guru memantau aktiviti pelajar pada waktu petang.
2. Saya mengangkat beg besar itu masuk ke bilik hotel dengan segera.
3. Anda mesti menghadiri kursus itu untuk meningkatkan kemahiran anda.
4. Ali menemui buku itu di dalam beg pakaian.
5. Anda perlu mengelakkan perbuatan mencuri kerana perbuatan itu berdosa.
LATIHAN 6
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Kebanyakan negara hari ini mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi.
2. Pasukan petugas Agenda Teknologi Maklumat Kebangsaan bagi Pembangunan Struktur Informasi menggariskan beberapa langkah untuk membangunkan komputer peribadi buatan Malaysia sepenuhnya.
3. Ayah telah berjaya menangkap seekor rusa jantan sewaktu memburu di hutan.
4. Adlin telah memetik buah rambutan di belakang rumah untuk diberi kepada Siva.
5. Adik terpaksa menyapu halaman rumah kami setiap hari kerana banyak daun yang gugur.
LATIHAN 7
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Menteri Pelajaran telah mengingatkan pelajar agar tidak bergantung pada kerajaan untuk menyediakan segala kemudahan.
2. Semua orang menentang kadar baru tol kerana membebankan orang ramai.
3. Jabatan Perkhidmatan Awam tidak akan menuntut bayaran balik pinjaman daripada pelajar yang cemerlang.
4. Awak telah menjalankan eksperimen itu dengan baik.
5. Baginda menganugerahi pahlawan itu bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
LATIHAN 8
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Guru disiplin menahan pelajar itu selepas pehimpunan kerana melanggar peraturan sekolah.
2. Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada anak sejak kecil lagi.
3. Guru Bahasa Melayu menghadiahi pelajar itu sebatang pen setelah berjaya memperoleh A dalam peperiksaan percubaan SPM.
4. Polis telah menangkap penculik kanak-kanak itu pada pagi tadi.
5. Kamu mestilah mematuhi undang-undang negara agar hidup kita aman.
LATIHAN 9
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Mereka ke sekolah dengan menaiki bas.
2. Pihak berkuasa telah berjaya membanteras aktiviti pembalakan haram itu.
3. Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk membantu pengusaha industri kecil itu.
4. Ketua kampung menegur sikap Karim dan Derus yang suka menghabiskan masa di warung.
5. Penduduk setempat mempertikaikan keputusan untuk membina tapak pelupusan sampah.
LATIHAN 10
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Ahmad menendang bola itu ke pintu gol.
2. Hanis membaca buku cerita kanak-kanak itu di kantin.
3. Saya melukis gambar itu kelmarin setelah diminta oleh Farah.
4. Kamu perlu menyiapkan tugasan yang diberi pada hari ini juga.
5. Tuan hamba perlu menemui Panglima Garang segera.
SOALAN 5 : PERIBAHASA
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut.
Azri mempunyai sebuah syarikat perumahan di Kuala Lumpur. Dia menyiapkan projek mengikut jadual yang telah ditetapkan. Suatu hari, Azri telah ditawarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menyiapkan projek perumahan yang terbengkalai. Walaupun tugas yang diberi kali ini agak mencabar, dia menyahut cabaran dan melakukannya sehingga berjaya. Azri sentiasa meningkatkan kecekapan dan kemahiran supaya kebolehannya setanding dengan kejayaan syarikat perumahan yang lain.
[30 markah]
Soalan 9
Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Bahan 1
Dalam era digital ini, buli siber telah menjadi isu yang semakin membimbangkan. Buli siber merujuk kepada perbuatan menganiaya seseorang melalui platform digital seperti media sosial, e-mel, atau aplikasi mesej.
Salah satu punca utama buli siber adalah kerahsiaan identiti yang ditawarkan oleh platform dalam talian. Dengan kebolehan untuk menggunakan nama palsu atau anonimitas, individu sering kali berasa bebas untuk melakukan tindakan yang mereka tidak akan lakukan secara bersemuka. Selain itu, kurangnya kesedaran dan pendidikan mengenai buli siber turut menyumbang kepada masalah ini. Ramai individu, tidak sepenuhnya memahami kesan buruk yang boleh ditimbulkan oleh buli siber. Tekanan sosial dan persekitaran juga merupakan faktor penting. Individu yang menghadapi tekanan atau masalah peribadi mungkin melampiaskan kemarahan mereka melalui buli siber.
Pengaruh media sosial juga memainkan peranan dalam mempromosikan norma- norma negatif yang boleh mendorong buli siber. Situasi ini menunjukkan betapa pentingnya sokongan sosial dan kaunseling dalam mengurangkan tindakan buli. Kesan buli siber terhadap mangsa adalah mendalam dan pelbagai. Dari segi psikologi, mangsa boleh mengalami tekanan emosi yang serius seperti kemurungan, kegelisahan, dan hilang keyakinan diri. Buli siber boleh menyebabkan mangsa mengasingkan diri daripada rakan- rakan dan keluarga. Selain itu, terdapat juga kesan kewangan yang mungkin timbul daripada buli siber.
Buli siber adalah masalah serius yang memerlukan perhatian dan tindakan segera daripada semua pihak. Usaha semua pihak merupakan kunci untuk menangani dan mengatasi masalah ini secara efektif.
Sumber : Internet
1. Baca petikan di bawah dengan telitinya dan senaraikan dua kata adjektif terbitan sisipan dan satu kata adjektif terbitan awalan dan satu kata adjektif penggandaan berentak. Kemudian anda dikehendaki membina ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.
Bayangkan suatu temasya sukan, kesepian tanpa sorakan dan bunyi gemuruh sudah pasti amat membosankan. Sebenarnya, pasukan yang gemilang dan terpuji ialah pasukan yang ada sorak-sorai yang kreatif dan mempunyai unsur kecindan. Setiap pasukan akan memastikan atlet yang disokong berjuang “agi idup agi ngelaban” dengan sorak-sorai yang menggabungkan gerakan badan dengan seruan dan ungkapan pembakar semangat. Oleh itu, pasukan sorak memang relevan.
Dipetik dan diubah suai daripada
Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4.
[8 markah]
2. Baca dialog di bawah dengan teliti. Kemudian, nyatakan ayat yang bergaris sama ada
Encik Zainal : Hai, Encik Syafiq. Silalah duduk di kerusi tu sementara saya menyelesaikan kerja pemberian makanan kepada
ikan talapia ni. Lap dulu kerusi tu dengan kain buruk itu. (sambil menunjukkan kain yang tersidai pada kayu).
Encik Syafiq : Terima kasih. Jangan susah-susah kerana saya. Macamlah saya tak boleh kotor-kotor ni. Ikan peliharaan kamu nampak menjadi.
Encik Zainal : Memang menjadi jika dipelihara dengan betul. Saya perlu memberinya makan empat kali sehari. Usah kurang kerana boleh menjejaskan pertumbuhannya.
Encik Syafiq : Saya tumpang gembira dengan kejayaan kamu hari ini. Haraplah suatu hari nanti kamu diiktiraf sebagai penternak yang berjaya.
Encik Zainal : Terima kasih, Encik Syafiq. Ambil ikan ini bawa balik ke rumah dan suruh isteri kamu masak.
Encik Syafiq : Terima kasih, Encik Zainal. Semoga murah rezeki kamu!
Sumber : Internet
[6 markah]
1. Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan petikan tersebut.
Masyarakat moden mestilah berpaksikan sebuah masyarakat yang bermaklumat. Setiap maklumat itu pula hendaklah betul dan sahih sumbernya. Penyebaran
(i) tidak seharusnya berlaku kerana akan memberi kesan negatif kepada anggota masyarakat dan mengundang perasaan curiga pihak luar terhadap bangsa kita. Jika perkara itu dilakukan oleh segelintir masyarakat sekalipun, maruah bangsa tetap terjejas kerana perbuatan itu samalah seperti (ii). Amalan negatif sebegitu hendaklah kita hindari agar masyarakat tidak dilabel sebagai berfikiran
(iii) apabila tidak dapat membezakan berita itu benar atau palsu.
[