BAB 2 : PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
PENGENALAN
Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi sebagai teras pemerintahan sesebuah negara
Sebelum kita mulakan penerangan kita , Mari kita lihat video di bawah yang akan mengimbas secara ringkas apa yang adan dibincangkan di laman ini
video ini membantu kita mengenali konsep bagi bab 2 yang dibincangkan di sini
PERNYATAAN MASALAH
Perlembagaan Persekutuan memastikan pemerintahan dilakukan secara adil dan telus .Kajian yang telah kami jalankan ini adalah penting untuk mendapatkan maklumat yang tepat tentang sejarah perlembagaan persekutan Malaysia .ini dan juga dapat mengelakkan fakta palsu tersebar.Ia akan membuat orang ramai mempunyai tanggapan yang negatif terhadap perkara ini tanpa membuat sebarang penyelidikan tentang latar belakang perkara ini terlebih dahulu.Kerana kita tahu bahawa masyarakat pada zaman moden ini lebih mudah percaya bulat-bulat tentang apa yang mereka nampak dan dengardan akan mula menyebarkan info yang mereka dapat tanpa membuat sebarang penyelidikan.
OBJEKTIF
Merumuskan maklumat dan fakta- fakta sejarah di belakang topik persekutuan perlembagaan
Mengenali dan memahami sejarah pembentukan dan perkembangan persekutuan perlembagaan
Menyemai perasaan bangga terhadap negara malaysia yang mempunyai perkembangan dalam perlembagaan persekutuan
KAEDAH KAJIAN
Kami telah menggunakan 4 kaedah untuk melaksanakan kerja kursus sejarah ini. Kaedah-kaedah yang kami gunakan ialah:
1. Kaedah rujukan dan penyelidikan
Kami memilih kaedah ini sebagai salah satu kaedah untuk mengumpul maklumat melalui sumber
sekunder. Melalui kaedah ini, kami memperolehi maklumat yang telah diolah dan ditafsir serta dikemaskini oleh pakar-pakar yang berkenaan.
Untuk menjalankan kaedah ini, kami juga telah melayari Internet berkali-kali untuk merujuk pelbagai laman sesawang. Kami juga telah menggunakan buku teks iaitu Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ,2020 yang ditulis oleh Dr Mohd bin Samsudin untuk mendapatkan maklumat berkenaan kajian saya.
Melalui kaedah ini, kami telah mengetahui banyak maklumat berkenaan tajuk kajian kami. Sebagai contoh keistimewaan dan keunikan perlembagaan perundangan di negara kita.Kami juga mengetahui bagaimana perlembagaan perundangan di perkenalkan di negara kita.
2. Kaedah Pemerhatian
Kami telah menonton beberapa video pilihan yang boleh dijadikan rujukan tambahan bagi membantu kami melengkapkan kajian kami
3. Kaedah Tunjuk Ajar Cikgu
Kami telah menerima bimbingan dan tunjuk ajar yang berterusan daripada Cik NurSuhadah Binti Mohamad Ramdzan telah meningkatkan kualiti hasil kajian kami pada kali ini.