PENGGUNAAN ABJAD DAN HURUF
ABJAD
Terdapat 26 jenis huruf atau abjad dalam bahasa Melayu iaitu a, b, c, d, e, f, g, h, i , j, k, l, m, n, o, p, q, r, s, t, u, v, w, x, y, z
HURUF VOKAL
Terdapat lima jenis huruf vokal dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu iaitu a, e, i, o, u
Huruf e mempunyai dua versi, versi yang pertama ialah e pepet dan versi kedua ialah e taling
HURUF DIFTONG
Dalam ejaan Rumi Melayu mempunyai huruf diftong yang terdiri daripada ai, au dan oi. Diftong merupakan dua huruf vokal yang hadir secara rapat dan bunyinya perlulah mengalami geluncuran.
HURUF KONSONAN
Dalam ejaan bahasa Melayu terdapat huruf-huruf konsonan yang terdiri daripada b, c, d, f, g, h, j, k, l, m, n, p, q, r, s, t, v, w, x, y, dan z.
GABUNGAN HURUF KONSONAN
Dalam ejaan bahasa Melayu terdapat lima jenis gabungan huruf konsonan seperti gh, kh, ng, ny, dan sy dan setiap huruf ini melambangkan bunyi satu konsonan sahaja.
PENULISAN HURUF
Terdapat tiga jenis penulisan huruf dalam bahasa Melayu iaitu :
HURUF BESAR
Dalam penulisan huruf, huruf besar hanya digunakan pada huruf awal perkataan awal ayat dan kata nama khas
Contoh : Ali bermain permainan tradisional.
Contoh : Negeri Pahang mempunyai pantai yang indah.
HURUF CONDONG
Huruf condong digunakan untuk menunjukkan keistimewaan sesuatu perkataan.
Contoh : Guru kami mengajar kami dengan menggunakan Quizz
HURUF TEBAL
Huruf tebal digunakan untuk memberikan penegasan atau penekanan terhadap sesuatu perkara.
Contoh : Maklumat ini didapati dalam Tatabahasa Dewan
TANDA BACA
TANDA NOKTAH ( . )
TANDA KOMA ( , )
TANDA KOMA BERTITIK (;)
NOKTAH BERTINDIH (:)
TANDA SEMPANG (- )
TANDA PISAH (-)
TANDA ELIPSIS (...)
TANDA TANYA (?)
TANDA SERU (!)
TANDA KURUNG ( (...))
TANDA KURUNG SIKU ( [...])
TANDA PETIK ("..." )
TANDA PETIK TUNGGAL ('... ' )
TANDA ULANG (...2)
TANDA GARIS MIRING (/)
TANDA PEYINGKAT (')
PENULISAN SUMBER SERAPAN
Dalam bahasa Melayu kita mempunyai pelbagai unsur asing seperti bahasas Sanskrit, Tamil, Cina, Arab, Inggris, Belanda, Portugis dan lain-lain.
Terdapat dua jenis unsur serapan yang besar iaitu
Unsur asing yang belum sepenuhnya terserap ke dalam bahasa Melayu.
Bentuk visual kata asing yang pengucapan dan penulisannya sudah terserap ke dalam bahasa Melayu, hendaklah diutamakan.