KESALAHAN FRASA

Kesalahan frasa berlaku apabila terdapat unsur yang berlebihan dalam ayat. Kesalahan frasa berlaku semasa penggunaan ayat yang berbentuk jamak. kata bilangan, kata nama majmuk, rangkai kata setara dan hukum DM

 KESALAHAN FRASA NAMA

CONTOH KESALAHAN FRASA NAMA

     Betul: Kami akan membincangkan hal-hal lain dalam mesyuarat tersebut.


    Betul: Alat-alat tulis itu kami beli dari kedai buku yang berhampiran dengan Tadika Kemas.

             Semua alat tulis itu kami beli dari kedai buku yang berhampiran dengan Tadika Kemas.

KESALAHAN FRASA KERJA PASIF

CONTOH KESALAHAN FRASA KERJA PASIF

    Betul: Buku terbaru itu telah kamu baca.


2. Salah: Kereta itu dibasuh oleh saya semalam.

    Betul:Kereta itu saya basuh semalam.


3. Salah: Bahan-bahan buangan itu mereka kumpulkan sebelum dilupuskan di tapak pelupusan sampah.

   Betul: Bahan-bahan itu dikumpulkan oleh mereka sebelum dilupuskan di tapak pelupusan sampah.

KESALAHAN FRASA ADJEKTIF

Kesalahan yang kerap ditunjukkan bagi kesalahan frasa adjektif ialah kesalahan dari segi pembentukannya dan penggunaan kata penguat yang tidak betul dan tidak tepat.

CONTOH KESALAHAN FRASA ADJEKTIF

    Betul: Aisyah mendapat markah yang tertinggi dalam peperiksaan Sains.


    Betul: Irfan berpakaian begitu kemas untuk ke majlis tersebut.

KESALAHAN FRASA SENDI NAMA

Kesalahan frasa sendi nama yang sering berlaku ialah pengguguran frasa sendi antara kata kerja transitif dan juga kata nama. Kata sendi nama dalam bahasa Melayu ialah di, ke, dari, daripada, pada, kepada, untuk dan banyak lagi.

CONTOH KESALAHAN FRASA SENDI NAMA

    Betul: Faizah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaannya.

              Faizah berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaannya.


2. Salah: Botol itu dalam laci meja.

    Betul: Botol itu di dalam laci meja.


3. Salah: Awak ingin bertemu dengan dia atau saya?

    Betul:Awak ingin bertemu dengan dia atau dengan saya?