"Pertandingan iOS App Ideation Challenge 2023" ini dianjurkan oleh Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Apple Professional Learning Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka sebagai tuan rumah.
Objektif ialah untuk:
Mempertingkat kemahiran digital dalam kalangan murid;
Mempertingkat kemahiran merancang murid dalam membuat kertas projek penyelidikan; dan
Mempertingkat kreativiti murid dalam membangunkan sesebuah aplikasi.
Menggabungkan kemahiran murid dalam menghasilkan aplikasi yang mesra pengguna dan mudah diakses.
Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Semua peserta yang menyertai mestilah warganegara Malaysia.
Pelaksanaan adalah mengikut 2 kategori peserta iaitu:
Kategori Sekolah Rendah
Kategori Sekolah Menengah
Maklumat penyertaan:
Peserta wajib melengkapkan borang kehadiran bengkel dan menjawab soalan yang diberi untuk melayakkan penyertaan pertandingan.
Peserta boleh menonton sesi rakaman bengkel dan mengisi borang kehadiran sekiranya ada kekangan masa untuk menyertai sesi live/webex meetings.
Urus setia berhak membuat ‘cross check’ kehadiran peserta sebagai pengesahan penyertaan pertandingan.
Tema pertandingan: murid-murid perlu menghasilkan sebuah prototaip iOS yang mengaplikasikan konsep dan Penerapan Teknologi Hijau dalam kehidupan masa kini iaitu Sustainable Development Goals yang memfokuskan pembangunan lestari dalam pelbagai bidang.
Setiap projek wajib diwakili secara berkumpulan (3 orang) murid dan seorang guru pembimbing dari sekolah yang sama. Guru pembimbing boleh membimbing lebih daripada satu kumpulan. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan mana-mana peserta yang melebihi jumlah anggota yang dinyatakan.
Setiap kumpulan hanya boleh menghantar 1 projek sahaja.
Aplikasi yang digunakan hanyalah aplikasi-aplikasi di iPad yang telah di ajar semasa bengkel seperti Notes, Safari, Keynote, iMovie, GarageBand, Clips, Reality Composer.
Prototaip hendaklah dihasilkan menggunakan aplikasi Keynote.
Penyertaan akan dibatalkan sekiranya hasil karya yang dikemukakan tidak asli atau di plagiat serta gagal mematuhi syarat pertandingan.
Hasil produksi yang dikemukakan mestilah tidak pernah dipertandingkan dalam mana-mana pertandingan.
Hasil produksi adalah hak milik peserta tetapi pihak urusetia / KPM berhak menggunakan hasil produksi bagi tujuan promosi.
Pihak urusetia berhak membuat perubahan peraturan dan masa pertandingan.
Keputusan hakim adalah muktamad.
Peserta boleh mendaftar melalui pautan berikut (Google Form). Peserta hendaklah menggunakan ID DELIMa sahaja sewaktu pendaftaran.
Bengkel - Penyertaan bengkel di buka untuk semua murid yang berminat, walaupun tidak akan menyertai pertandingan. Namun peserta yang ingin menyertai pertandingan WAJIB menghadiri setiap sesi bengkel yang diadakan.
Terdapat 7 sesi bengkel untuk peringkat sekolah menengah dan 4 sesi bengkel untuk sekolah rendah. Peserta akan diberi tunjuk ajar secara 'hands-on' tentang kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk menghasilkan prototaip App menggunakan aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalam iPad.
Pertandingan - Setelah selesai kesemua sesi bengkel, peserta yang ingin menyertai pertandingan (secara berkumpulan) perlu menghadiri sesi taklimat pertandingan. Setiap kumpulan hendaklah menyiapkan dan menghantar App Journal, prototaip serta video "Pitching" dalam tempoh yang ditetapkan, iaitu selewat-lewatnya pada, 18 September 2023.
5 pasukan terbaik daripada setiap kategori (Sekolah Rendah & Sekolah Menengah) akan dipilih untuk ke peringkat yang seterusnya, iaitu "Pitching Session" di mana peserta perlu membuat pembentangan dan mempertahankan idea masing-masing. Pemenang akan diumumkan di akhir sesi tersebut.
Sila rujuk jadual pertandingan untuk tarikh-tarikh penting program .