Program Anjakan Transformasi SuBur : Ke Mana Aku?

Program motivasi tingkatan 4

25 April 2024 | Khamis

Kain rentang program

LATAR BELAKANG PROGRAM

Program ini berlangsung seperti ketetapan berikut:



1.0  PENDAHULUAN

Program Anjakan Transformasi Subur adalah satu program yang dirancang khusus untuk murid Tingkatan 4. Tujuan utama program ini dijalankan adalah bagi memperkenalkan pelajar kepada format – format penilaian bagi subjek yang mereka ambil di tingkatan 4.

Semasa di peringkat menengah rendah format pentaksiran yang dijalankan adalah PBD dan UASA. Format UASA adalah berbeza dengan format SPM sebenar. Sehubungan itu Unit Kurikulum dengan kerjasama UBK merasakan program ini perlu dilaksanakan dengan kadar segera bagi memastikan murid bersedia dengan format pentaksiran yang akan mereka  tempuh. 

Selain itu program Anjakan Transformasi Subur ini juga akan mendedahkan  murid tingkatan 4 tentang pengiraan merit SPM untuk melanjutkan pelajaran selepas SPM. Mereka juga akan diberikan penjelasan subjek – subjek yang diperlukan dalam mencapai laluan kerjaya impian mereka.

 

2.0 OBJEKTIF

Di akhir program  ini, murid akan dapat:

2.1  Mengetahui format soalan peperiksaan bagi matapelajaran yang diambil.

2.2  Mengetahui keperluan subjek elektif untuk kerjaya impian.

2.3  Memahami pengiraan merit SPM.

 

3.0 SASARAN

Semua murid tingkatan 4.


PERJALANAN PROGRAM

Pelajar tingkatan 4 berkumpul di Dewan TSNO seusai perhimpunan pagi. Sesi 'ice breaking' yang dikendalikan oleh GBK Pn Noor Afedah dan Pn Nur Ain Nabila membuka tirai program. Program diteruskan dengan sesi pengenalan mata pelajaran teras dan elektif tingkatan 4 yang ditawarkan di SMK Sungai Burong, sebagai cara untuk memberi pendedahan dan menarik minat pelajar terhadap setiap mata pelajaran yang diambil. Selain itu, sedikit pendedahan kepada kursus yang boleh diikuti di peringkat pengajian tinggi, seterusnya dalam bidang kerjaya masing-masing berdasarkan mata pelajaran atau kursus yang diambil.

Pada pukul 11.00 pagi, sesi diteruskan oleh penceramah jemputan En Abdul Muiez bin Mohd Ruslee, GBK SMK Sungai Besar yang arif tentang kemasukan pelajar ke IPT dan perkara berkaitan UPU. Beliau berkongsi tentang mata merit dan kepentingannya dalam mengisi permohonan UPU kelak.

Program ditamatkan pada jam 1.30 petang setelah selesai upacara perasmian penutup oleh Tn Hj Mohd Anuar, Pengetua SMKSB.

BUKU PROGRAM/ PAMPLET

Buku program (disediakan oleh En Mohd Sukri)

KERTAS KERJA/ SURAT MENYURAT

Kerta kerja program - untuk guru sahaja

SLAID PEMBENTANGAN MATA PELAJARAN

Himpunan slaid pengenalan kepada setiap mata pelajaran yang disampaikan oleh ketua-ketua panitia yang terlibat.

SEBAHAGIAN GAMBAR SEKITAR MAJLIS/PROGRAM

Pn Mutammimah menyampaikan pengenalan tentang mata pelajaran Pendidikan Islam.

FOLDER GOOGLE DRIVE GAMBAR/VIDEO PROGRAM