Peti pertolongan cemas merupakan bekalan dan peralatan yang digunakan untuk memberi rawatan. Kandungan dalam peti pertolongan cemas ini digunakan untuk memberi rawatan terhadap kecederaan ringan ataupun memberi rawatan awal kepada mengsa yang mengalami kecederaan sebelum dibawa ke hospital. Peti pertolongan cemas ini wajib berada di setiap rumah, pejabat dan sekolah.
Rujukan untuk maklumat yang tepat mengenai aplikasi pertolongan cemas.
Mengelakkan jangkitan bakteria ketika merawat pesakit.
Melekat balutan.
Menutup luka kecil.
Menetapkan kain anduh atau pembalut.
Melindungi luka daripada jangkitan kuman.
Mengepit kapas dan kain kasa atau benda asing pada bahagian luka.
Membasuh luka
Membunuh kuman
Membersihkan luka kecil atau menyapu.
Penyokong kepada anggota yang cedera.
Meringankan rasa sakit kepala atau pening kepala.
Menggunting kain kasa, pembalut atau pita pelekat.
Membalut luka atau bahagian yang terseliuh.
Adik menarik wayar alat pemanas air yang sedang menggelegak di atas meja.
Air tersebut terjatuh ke tangan adik sehingga menyebabkan tangan adik melecur.
Pastikan Keselamatan Diri:
Sebelum memberi bantuan, pastikan tempat kejadian selamat untuk anda dan mangsa. Jika ada bahaya seperti api, gas beracun, atau struktur yang tidak stabil, pindahkan mangsa ke tempat yang selamat jika boleh.
Menilai Keadaan Mangsa:
Periksa kesedaran mangsa.
Jika mangsa tidak sedar, periksa pernafasan dan denyutan nadi.
Hubungi bantuan kecemasan jika perlu.
Buka Peti Pertolongan Cemas:
Pastikan peti pertolongan cemas mudah diakses dan mengandungi peralatan asas seperti pembalut, antiseptik, gunting, sarung tangan, dan lain-lain.
Sarung Tangan:
Pakai sarung tangan sekali pakai untuk melindungi diri dan mangsa daripada jangkitan.
Bersihkan Luka:
Jika terdapat luka, cuci dengan air bersih atau antiseptik.
Gunakan kain kasa atau pembalut steril untuk menekan luka bagi menghentikan pendarahan.
Balut Luka:
Setelah membersihkan luka, balut dengan pembalut steril.
Pastikan pembalut tidak terlalu ketat sehingga menghalang peredaran darah.
Pemeriksaan Lanjutan:
Membuat pemeriksaan di hospital sekiranya luka tersebut semakin teruk.