KAEDAH
Pentaksiran secara lisan sering digunakan oleh guru di dalam bilik darjah. Hashiroh et., al (2024) menyatakan bahawa kaedah ini digunakan secara terancang atau spontan semasa PdP melalui sesi soal jawab atau refleksi. Pentaksiran lisan adalah kaedah yang sangat mudah dan menyenangkan untuk menentukan perkembangan dan tahap penguasaan murid (Bahahgian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia,2019). Kaedah ini dilakukan bertujuan untuk mendapat maklumat serta merta tentang kefahaman murid serta mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafal maklumat berkaitan isi pembelajaran mereka.
AKTIVITI
Aktiviti yang digunakan dalam kaedah ini adalah sesi soal jawab. Aktiviti ini dijalankan secara spontan semasa atau selepas sesi PdP berlangsung. Soal jawab ini akan berlaku secara dua hala iaitu antara guru dengan murid, murid dan murid, murid dan bahan pembelajaran. Namun, pentaksiran lisan ini melibatkan guru akan bertanya kepada murid secara berkumpulan kerana instrumen ini dinilai berdasarkan ahli kumpulan. Aktiviti ini membolehkan guru mengumpul maklumat tentang kemajuan dan pencapaian murid (Hashiroh et., al 2024).
Pelbagai kelebihan yang kita peroleh berdasarkan pentaksiran secara lisan antara guru dengan murid ini. Teknik penyoalan merupakan keperluan di dalam melahirkan proses PdP yang berkesan (Brookhart,2012). Instrumen ini dapat menggalakkan perlajar untuk aktif dalam berinteraksi dan berkomunikasi secara langsung. Hal demikian kerana, guru yang mempunyai kemahiran menyoal bukan sahaja mendorong dan merangsang pemikiran murid malah mampu meningkatkan keyakinan diri pelajarnya daripada bersifat pasif (Ashraf 2014). Selain itu, instrumen ini memudahkan guru untuk mendapatkan maklum balas segera. Guru boleh menanyakan soalan secara spontan dan membolehkan pelajar untuk membetulkan kesilapan mereka secara serta-merta. Oleh itu, aktiviti soal jawab membantu guru mengukur tahap penguasaan pelajar. Secara tidak langsung, ia membolehkan guru untuk melakukan aktiviti pengulangan penjelasan kepada murid yang kurang menguasai pembelajaran. Hal ini sekali gus dapat membantu murid dalam memahami isi pembelajaran tambahan hasil daripada penjelasan tambahan. Akhir sekali, instrumen ini merupakan penilaian secara holistik. Ia dibuktikan melalui penilaian daripada aspek pemahaman, kemahiran komunikasi dan pemikiran kritis dalam satu masa yang singkat.
Setiap kelebihan pasti ada kelemahannya. Oleh itu, terdapat beberapa kelemahan yang dikenalpasti dalam intrumen ini. Antaranya ialah kesukaran dalam penilaian yang lebih terperinci. Hal demikian kerana keterbatasan waktu PdP untuk guru menanyakan soalan kepada setiap murid. Lebih-lebih lagi instrumen ini tidak sesuai untuk menilai murid dalam kumpulan yang besar. Hal demikian kerana ia mengambil masa yang lebih lama untuk menilai setiap pelajar secara individu. Selain itu, instrumen ini membuatkan pelajar tidak selesa untuk dinilai. Ia dibuktikan apabila sesetangah pelajar pemalu dan tertekan tidak dapat menjawab soalan dengan baik. Situasi ini akan menjejaskan prestasi mereka. Akhir sekali, guru sukar untuk membuat penilaian dan pelaporan. Instrumen ini tidak dirakam sebagai bukti dan kemungkinan prestasi pelajar tidak dapat direkod dengan jelas. Kekurangan dokumentasi punca proses penilaian.
Guru perlu menyimpan rekod maklumat yang dikumpul sepanjang sesi penilaian dengan sistematik. Ini membolehkan guru untuk membuat rujukan masa hadapan. Selain itu, guru perlu mewujudkan persekitaran yang insklusif untuk memastikan penglibatan aktfif pelajar dalam komunikasi semasa penilaian. Situasi ini dapat menggalakkan pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan. Secara tidak langsung objektif PdP dapat dicapai dengan jelas.