27 April 2024 berlangsung LADAP buat semua guru SeSris bersama Dr Warid Mihat, Pensyarah Akademy Languange Studies, Universiti Teknologi MARA, cawangan Kelantan. LADAP berlagsung secara online bermula jam 9 pagi sehingga 12 tengahhari. LADAP hari ini memfokuskan berkenaan AI art prompts for education.
Pelbagai ilmu berkaitan AI dikongsikan bersama dan ia sangat membantu guru-guru SeSris dalam pembinaan Rancangan Pengajaran Harian. Objektif perlaksanaan LADAP ini adalah bagi meningkatkan prefesionalisme guru-guru SeSris dalam penggunaan bahan digital. Hal ini menyambut baik saranan KPM untuk mendigitalkan guru masa kini.
26 April 2024, SeSris telah menganjurkan majlis Sambutan Hari Raya peringkat sekolah. Ia berlangsung dengan sangat meriah. Tambah meriah apabila Tuan Mohd Paku Ruzi Bin Min, Pegawai Pendidikan Daerah Kerian turut hadir bersama-sama beberapa orang pegawai kanan beliau. Majlis juga dihadiri oleh beberapa orang guru besar kelompok 4 serta mantan guru SeSris.
Majlis diadakan untuk meraikan anak murid SeSriS bersempena hari raya yang baharu sahaja berlalu. Terima kasih kepada barisan AJK PIBG yang turut serta menjayakan booth PIBG dengan menghidangkan juadah sate buat semua warga SeSris dan para jemputan. Waris-waris juga turut menyumbang makanan buat anak didik SeSriS. Terima kasih buat semua yang menjayakan majlis pada hari ini.