AL FARABI
UNIT ICT SELARSA
SK LARKIN 1 | JBB1003
MAKLUMAN
2 JULAI 2024 : Pihak Nexus menjalankan penyelenggaraan laptop guru (3 buah) pada pukul 12:00 tengah hari - 2 orang wakil Nexus.
PENGGUNAAN BILIK AL FARABI SEDANG DIKEMASKINI.
Guru dibenarkan menggunakan bilik bila-bila masa secara bertolah ansur dengan rakan guru yang lain. Setiap kesulitan mohon dimaafkan.
Sekalung tahniah kepada Harold Michael yang telah menjadi Johan bagi Pertandingan Fun Game: Wonderful Sea Creature iaitu pertandingan membina sebuah permainan atas talian melalui pengaturcaraan.
VISI DAN MISI UNIT ICT AL FARABI SELARSA
VISI
Warga SK Larkin 1 Generasi Celik Dan Pintar ICT
MISI
Membangunkan potensi individu menguasai manfaat ICT
PELAN LANTAI BILIK OPERASI AL FARABI
PERATURAN PENGGUNAAN BILIK KOMPUTER
Sebelum menggunakan bilik komputer.
Murid mestilah menggunakan bilik komputer mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Murid tidak dibenarkan memasuki bilik komputer jika tiada guru pembimbing.
Semua beg, makanan atau minuman serta milik sendiri tidak dibenarkan bawa masuk ke dalam bilik komputer.
Sebarang CD serta perisian yang bukan milik makmal komputer tidak dibenarkan guna dalam bilik komputer.
Semasa menggunakan komputer.
Tolong senyap semasa berada di dalam bilik komputer.
Pelajar dikehendaki mematuhi segala peraturan bilik komputer.
Segera laporkan kerosakan atau kehilangan kepada guru penyelaras dengan segera.
Pelajar perlu membayar ganti rugi atas kerosakan yang disengajakan.
Jangan cuba membaiki kerosakan pada komputer dengan sendiri.
Dilarang memuat turun (download) perisian atau aplikasi daripada internet ke dalam komputer/laptop.
Selepas menggunakan bilik komputer.
Pastikan suis dan komputer ditutup dengan cara yang betul.
Sila kemaskan kerusi dan peralatan komputer sebelum meninggalkan bilik komputer.
Pastikan papan tulis dibersihkan sebelum meninggalkan makmal komputer.
Pastikan kebersihan sebelum meninggalkan makmal komputer.
Murid tidak dibenarkan membawa keluar sebarang peralatan dari makmal komputer tanpa kebenaran guru.
Sebarang kehilangan adalah menjadi tanggungjawab pengguna bilik komputer.
JADUAL PENGGUNAAN BILIK KOMPUTER AL FARABI
PENGGUNAAN BILIK AL FARABI SEDANG DIKEMASKINI.
Guru dibenarkan menggunakan bilik bila-bila masa secara bertolah ansur dengan rakan guru yang lain. Setiap kesulitan mohon dimaafkan.