Saya Aimuni Binti Ahmad Nasruddin sangat bersyukur ke hadrat ilahi kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya siapkan. Semua ini tidak akan mampu dihasilkan tanpa bantuan dan sokongan pensyarah En Haris dan rakan - rakan yang memberi tunjuk ajar dan galakan kepada saya untuk melaksanakan tugasan ini.
Sebelum memulakan pembinaan Google Sites ini, saya mencari dan mengumpul maklumat serta aplikasi yang dapat digunakan dalam pelaksanaan PdP sebagai bahan bantu mengajar atau latihan peneguhan bagi murid.
Banyak input yang saya perolehi sepanjang menyiapkan Google site ini. Selain daripada isi pengajaran yang telah dikongsikan oleh Encik Haris di dalam kelas tentang aplikasi dan teknologi, saya juga telah memperoleh maklumat melalui internet dan laman web yang banyak menyediakan panduan dan rujukan menghasilkan bahan pengajaran.
Saya juga akan merujuk video daripada Youtube atau Tiktok dan bertanya kepada rakan rakan yang mahir apabila tidak tahu bagaimana cara untuk memasukkan aplikasi tertentu ke dalam Google Site. Saya juga mengambil masa yang sangat lama untuk menyiapkan tugasan ini kerana mempunyai masalah dengan alat peranti laptop saya. Setiap kali laptop saya loading saya perlu restart balik untuk menyiapkan tugasan ini.
Alhamdulillah sedilit sebanyak, saya dapat aplikasikan apa yang saya telah belajar dalam menyiapkan Google Sites ini. Saya juga berharap tugasan ini dapat memberi manfaat kepada murid untuk menikmati suasana pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan melalui Google Site ini.