Peta ini digunakan untuk menunjukkan hubungan sebab dan akibat bagi sesuatu peristiwa atau situasi. Ia membantu murid menganalisis punca dan kesan secara menyeluruh.
Contohnya, dalam tajuk “pencemaran air”, murid boleh menulis sebab-sebab seperti pembuangan sisa industri dan sampah sarap, serta kesan-kesannya seperti kematian hidupan air dan penyakit. Ia sesuai digunakan dalam Sains, Geografi atau kajian isu semasa.
Saya memilih peta pelbagai alir untuk menerangkan tentang topik "malas bersenam". Peta ini dapat mengelaskan maklumat iaitu sebab-sebab dan akibat-akibat secara tersusun dan sistematik agar pembaca dapat menakrifkan topik ini dengan mudah.