Contoh ayat: Siti yang bercakap bagai murai tercabut ekor itu telah didenda berdiri di atas kerusi kerana membuat bising di dalam kelas.
Contoh ayat : Perasaan Aida bagai dihiris dengan sembilu apabila mendapat tahu kekasihnya telah mengambil keputusan untuk memutuskan perhubungan mereka.
Contoh ayat ialah Syafikah membelanjakan keperluan di hari perayaan ini mengikut kemampuan yang dimilikinya seperti bidalan ukur baju di badan sendiri.
Contoh ayat: Ahmad yang tidak bertegur sapa dengan abangnya selama setahun, sekarang telah berbaik-baik semula kerana air dicencang tidak akan putus.
Ayat contoh: Wajah Ravi berubah bagaikan ayam berak kapur apabila guru besar membuka pintu bilik air ketika dia sedang seronok bermain
Ibu bapa selalunya menyayangi dan menjaga anak-anak mereka bagai menatang minyak yang penuh.
Contoh ayat: Jurang kekayaan di antara penduduk kampung dengan hartawan itu bagai langit dengan bumi.
Contoh ayat - Siti berasa sedih melihat adiknya yang menderita penyakit leukimia kerana cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga.
Contoh : Rashid tahu yang anaknya pasti akan pulang ke rumah suatu hari nanti kerana dia tahu ikan pulang ke lubuk begitulah juga dengan anaknya.
Bunyi tembakan meriam itu sangat kuat seperti halilintar membelah bumi
Perjalanan Ahmad ke Seremban sangat memenatkan kerana terpaksa melalui jalan yang bengkang-bengkok seperti ular kena palu.
Kedua-dua beradik itu seperti anjing dengan kucing, apabila bertemu pasti bergaduh.
Contoh ayat : Adi yang bebal itu akhirnya lulus juga dalam peperiksaan setelah diajar dengan gigih oleh Cikgu Ana. Begitulah belakang parang kalau diasah lagikan tajam.
Contoh ayat: Pada malam tahun baru, keadaan di Dataran Merdeka terlalu sesak dengan pengunjung bagai ikan dalam belat.
Contoh Ayat: Suami mana yang tahan dengan sikap seorang isteri yang kuat mengomel seperti bertih digoreng.
Kedatangan Khairi ke majlis itu seperti melukut di tepi gantang kerana tiada siapa mempedulikannya.
Penduduk kampung itu menjadi contoh kepada yang lain kerana mereka saling berkerjasama dalam semua perkara bagai aur dengan tebing.
Contoh ayat: Saya tetap membeli baju yang mahal harganya itu kerana saya percaya alah membeli, menang memakai.
Dia terpinga-pinga seperti katak kena simbah air setelah ditanya oleh guru matematiknya.
Contoh ayat : Tindakan abang membaiki radio itu seperti tikus membaiki labu apabila radio itu bertambah kerosakannya.