SEJARAH SEKOLAH
SEJARAH SEKOLAH
Sejarah Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tasek memulakan sesi pengajiannya pada tanggal
1 Disember 1995 dengan tujuan menampung keperluan penduduk sekitar kawasan Bercham, Taman Ipoh Selatan dan kawasan perindustrian Tasek, sekaligus dapat mengurangkan kebanjiran pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Putera dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan.
Projek pembinaan sekolah ini terpaksa dipercepatkan memandangkan ledakan pertumbuhan penduduk Bercham dan kawasan sekitarnya begitu mendadak khususnya sejak selesainya pembinaan Lebuh Raya Utara Selatan dan kemunculan pusat membeli belah MAKRO ( sekarang LOTUS ). Seiring dengan perkembangan pesat ini, adalah difikirkan perlu mewujudkan sekolah baru yang dapat mengurangkan kesulitan para pelajar di kawasan sekitar Bercham berulang-alik ke sekolah yang dinyatakan kerana jaraknya agak jauh.
OBJEKTIF PENUBUHAN SEKOLAH
i. Memberi pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak lelaki dan perempuan daripada pelbagai kaum ke arah pembentukan kehidupan yang sempurna.
ii. Mewujudkan individu yang mempunyai kewibawaan peribadi, beriman dan berakhlak mulia.
iii. Membentuk individu menjadi warga negara yang berilmu, berdisiplin, dinamik dan proaktif dalam iklim sekolah yang harmonis.
SENARAI NAMA PENGETUA
En. Abdul Malek bin Mohamed Yunus PJK 12/1995 hingga 03/1998
Pn. Hjh. Nooriah binti Ibrahim 03/1998 hingga 08/2005
Tn. Hj. Abu Makhfud bin Hj. Abdullah 09/2005 hingga 01/2010
Pn. Halimaton binti Abd Rahim AMP 02/2010 hingga 11/2012
Pn. Hjh. Ainan binti Sulaiman 12/2012 hingga 07/2014
Tn. Hj. Sabri bin Yahaya 07/2014 hingga 01/2016
Pn. Hjh. Saibah binti Hj. Mansor 10/2016 hingga 12/2019
Tn. Hj. Salleh bin Hj. Yusuf 12/2019 hingga sekarang