Menerusi Gelombang 2 (PPPM 2016-2025) Mengukuhkan Pendidikan Agama Islam, Pendidikan Moral dan Elemen Sivik dengan memperkenalkan komponen khidmat komuniti dan aktiviti kokurikulum. Bagi memastikan pengukuhan Pendidikan Agama Islam di sekolah rendah dan menengah dengan melaksanakan aktiviti atau program-program adab dan nilai hendaklah bersifat proaktif. Pelaksanaan aktiviti berkumpulan melalui khidmat komuniti setempat tempatan. Penglibatan komuniti akan mengukuhkan lagi pembelajaran di dalam bilik darjah dengan pelbagai aktiviti yang akan memupuk nilai-nilai murni dan adab terpuji.
Perancangan program aktiviti dakwah telah dirancang sejak awal tahun lagi . Ianya tertangguh disebabkan pandemik covid 19. Walaubagaimapun kelangsungan program atau aktiviti dakwah wajar diteruskan walaupun dalam suasana Pelan Pemulihan Negara (PPN) masih lagi berkuatkuasa.
Pelaksanaan Program Pengukuhan Kurikulum Pendidikan Islam (PPKPI) bagi Mahrajan Kesenian Adab dan Nilai Sekolah-sekolah (MKADNI) secara dalam talian bagi Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2021M/1443H telah menetapkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri dikehendaki melaksanakan pertandingan di bawah Program Pembangunan Adab dan Nilai secara dalam talian bagi sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia di peringkat negeri.