Murid-Murid, terdapat 6 adab sebelum tidur yang perlu kita ketahui dan amalkan:
Kita semua mesti tidur awal supaya sentiasa berasa segar apabila bangun pagi
Kita mesti berwudhuk sebelum tidur supaya tidur dalam keadaan suci dan selamat
Kita mesti mengibas katil sebelum tidur untuk memastikan tiada kotoran lain
(بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم)
Kita mesti membaca basmallah kerana setiap perbuatan baik yang dilakukan hendaklah menyebut nama Allah
Kita mesti tidur mengiring sebelah kanan kerana ia sunnah Nabi
(بِاسْمِكَ اللهُمَّ أَحْيَا وَأَمُوْتُ)
Kita mesti membaca doa dan berzikir untuk mengelakkan diri daripada gangguan syaitan