Tugasan Pentaksiran Berterusan PASP 1042
Tugasan ini merangkumi:
Persembahan melalui pembentangan secara berkumpulan
Penulisan teks pengucapan awam
Persembahan pidato secara individu
Tugasan 1 : Persembahan Kumpulan (25%)
Secara berkumpulan, anda dikehendaki membuat pembentangan berkenaan dengan jenis-jenis dan asas pengucapan awam seperti prinsip serta ciri-cirinya.
Tugasan 2 : Penulisan Akademik ( 45%)
Secara individu, anda dikehendaki membuat satu penulisan teks pengucapan berkenaan dengan " Penguasaan kemahiran digital dalam kalangan guru dalam era kontemporari ini" dengan menggunakan format penulisan yang betul dan tepat. Penulisan yang dihasilkan ialah 1000 patah perkataan.
Tugasan 3 : Persembahan Individu (30%)
Secara individu, anda diminta membuat persembahan secara rakaman 5-7 minit dengan menyampaikan pidato berkenaan "Revolusi Pendidikan Digital membentuk Guru Unggul", kemudian muat naik di YouTube.
Tugasan e-Pembelajaran
Pautan video untuk Tugasan 3 : Persembahan Pidato Secara Individu
Sila buka pautan di bawah untuk menonton contoh pidato.
Anda boleh memberi maklum balas kepada pemidato melalui ruangan komen dalam pautan tersebut.