Selamat datang ke Portal Rasmi SJK (C) Sam Chai, Ipoh.
Untuk tempahan Bilik Multimedia 2, guru perlu tekan +GoogleCalendar terlebih dahulu, kemudian pilih tarikh dan masa, dan juga isikan maklumat di ruangan yang disediakan.
Tahniah diucapkan kepada guru yang berjaya membuat tempahan Bilik Multimedia 2.
Seterusnya, perkara-perkara berikut perlu diambil tahu oleh guru.
Selepas membuat tempahan Bilik Multimedia 2, guru perlu mendapatkan kunci bilik tersebut daripada Guru Penyelaras ICT.
Guru bertanggungjawab untuk mengecas semua laptop sebelum membawa murid-murid masuk ke dalam Bilik Multimedia 2.
Guru hendak senantiasa memastikan semua murid mematuhi arahan dan keselamatan murid-murid juga perlu dijaga.
Selepas menggunakan Bilik Multimedia 2, guru harus memastikan tiada kekotoran yang ditinggalkan oleh murid-murid.
Semua suis elektrik yang dibuka perlu ditutup oleh guru sebelum membawa murid-murid meninggalkan Bilik Multimedia 2.
Perhatian dan kerjasama guru dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.