Selamat datang ke laman utama khas untuk murid dan ibu bapa.
Di sini, anda boleh dapatkan maklumat berkenaan Jadual Waktu Kelas, Senarai Kokurikulum Murid, Status Kehadiran Murid, Info Guru Mata Pelajaran, Buku Teks Digital, Pentaksiran Bilik Darjah, Status Semakan PBD, Semakan Keputusan UASA, Home Based Learning, Galeri dan lain-lain lagi.
Laman ini merupakan salah satu inisiatif guru kelas dalam menyampaikan info dan memudahkan ibu bapa/penjaga membuat rujukan pada bila-bila masa dan di mana jua. Laman ini juga akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa.
Jika anda memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan, jangan ragu untuk menghubungi saya. Terima kasih kerana mengunjungi laman web info kelas 4 Cemerlang dan saya berharap anda mendapati maklumat yang diberikan berguna dan memberi manfaat kepada anda sebagai ibu bapa/penjaga.
TENTANG SAYA
-Nama : Nurul Farhanah Binti Datuk Malai Ali
-Guru kelas 4 Cemerlang
-Subjek Ajar : Bahasa Arab (Ketua Panitia)
-Pengalaman mengajar : 16 tahun
-Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab Dengan Kepujian.
-Pencapaian/Anugerah :-
1) Anugerah Ikon Guru 2023 Sekolah Rendah Sempena MAPENS Peringkat PPD Papar
2) Pemenang Pingat Emas Kategori Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Kebangsaan (Inovasi e-MOOK)
3) Pemenang Pingat Emas Kategori Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif Peringkat Zon Selatan (Pameran Inovasi e-MOOK)
4) Pemenang Anugerah Guru Inovasi (AGI) 2022 bagi subjek Bahasa Arab PPD Papar (Inovasi PENUNJUK ABU)
5) Pemenang Pingat Emas Pertandingan Inovasi Peringkat Zon Selatan 2024 (Inovasi SUPER CLASS)
6) Pemenang Pingat Perak ANINOS (Anugerah Inovasi Sabah) Peringkat Negeri Sabah 2024 (Inovasi SUPER CLASS)
7) Pemenang Pingat Emas Karnival Transformasi Pendidikan Penampang Huguan (Inovasi SUPER CLASS)
8) Pemenang Pingat Emas International Innovation And Education, UPSI, Perak Darul Ridzuan (Inovasi SUPER CLASS)
9) Pemenang Naib Johan Pertandingan "2 Minutes Pitching" Anjuran PPD Papar (Inovasi PENUNJUK ABU)
HAK MILIK KELAS 4 CEMERLANG