Jenis Perkhidmatan

Perkhidmatan yang ditawarkan adalah berpusat, di sekolah dan dalam komuniti.

3PK Putrajaya menyedia dan memberi perkhidmatan sokongan pendidikan khas kepada keluarga dan ahli profesional yang mempunyai anak / murid / klien di sekolah kerajaan dan sekolah bukan kerajaan dari aspek saringan, intervensi, rehabilitasi dan konsultasi ke arah mengurangkan impak ketidakupayaan serta melonjakkan potensi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK).

Konsultasi

Ibu bapa /  penjaga menerima konsultasi untuk:

Konsultasi boleh dijalankan secara bersemuka, secara telefon atau secara maya.

Saringan

Saringan adalah penilaian ringkas yang dijalankan untuk mengenal pasti sama ada anak memerlukan penilaian dan/ atau intervensi daripada ahli terapi. 

Perkhidmatan saringan adalah sesuai apabila keperluan anak kurang jelas terutamanya untuk anak yang belum mendapatkan diagnosis.

Anak akan disaring oleh pasukan disiplin pelbagai yang ada di 3PK Putrajaya:

Satu sesi saringan akan mengambil masa sekurang-kurangnya 2 jam. Satu laporan ringkas akan diberikan pada akhir sesi saringan. 

Penilaian

Penilaian dijalankan oleh ahli psikologi klinikal atau ahli terapi untuk mengenal pasti tahap keupayaan serta keperluan anak untuk membantu merancang, mengurus dan melaksanakan pelan intervensi / terapi bagi meningkatkan kesediaan belajar anak. 

Perkhidmatan penilaian berlangsung dalam beberapa sesi, bergantung kepada keperluan anak.

Intervensi

Berdasarkan keperluan semasa anak, intervensi yang bersesuaian diberikan untuk mengurangkan impak ketidakupayaan anak. Terdapat pelbagai jenis intervensi yang disediakan di 3PK Putrajaya. Berikut merupakan senarai pendek intervensi yang disediakan di pusat ini.

Program Latihan

Penglibatan ibu bapa yang tinggi berkait rapat dengan keberkesanan terapi anak disebabkan oleh hubungan yang erat antara ibu bapa dan anak. Program latihan ibu bapa dijalankan untuk membimbing ibu bapa / penjaga untuk melaksanakan strategi dan aktiviti rangsangan di rumah serta dalam rutin harian.

Antara program latihan ibu bapa yang ditawarkan di 3PK Putrajaya ialah Program Hanen It Takes Two to Talk dan Program Hanen More Than Words. Program latihan ibu bapa ditawarkan kepada klien yang bersesuaian serta keluarga yang dapat memberi komitmen yang tinggi.

3PK Putrajaya menyedia dan memberi perkhidmatan sokongan pendidikan khas kepada murid/ murid berkeperluan khas/ dan guru di sekolah kerajaan dan sekolah bukan kerajaan dari aspek saringan, penilaian, pull-out/ push-in therapy dan konsultasi ke arah mengurangkan impak ketidakupayaan serta melonjakkan potensi murid.

Pihak sekolah boleh menghubungi pihak 3PK untuk memohon mana-mana perkhidmatan di bawah. Permohonan tertakluk dengan kekosongan takwim.

Saringan

Program saringan boleh dibuat di sekolah untuk murid-murid yang:

3PK Putrajaya juga menyediakan khidmat latihan dan perkongsian ilmu kepada pihak ibu bapa/ guru/ sekolah dan mana-mana agensi yang berminat berkenaan topik yang berkaitan dengan murid berkeperluan pendidikan khas. Pihak yang berminat boleh menghubungi pihak kami terlebih dahulu untuk perbincangan topik dan kesesuaian masa.