Program ini berlangsung seperti ketetapan berikut:
Tarikh : Bermula 8 - 11 Februari 2022
Tempat : Pondok Kokurikulum, Gelanggang Bola Baling
Punca kerosakan : Tiang besi yang telah berkarat dan hampir tumbang.
Sumber : PIBG SMK Sungai Burong
Penglibatan : Guru-guru lelaki bergotong-royong membaik pulih. Diketuai oleh Tn Hj Ahmad Azhari dan Tn Hj Sabri
Pondok Kokurikulum disediakan untuk kegunaan para pelajar samada melibatkan aktiviti kokurikulum atau PJPK.
Kedudukan ditepi padang amat sesuai sebagai tempat berteduh dan berehat samada selepas aktiviti padang atau balapan
Pondok ini juga merupakan tajaan PIBG sekolah yang bernilai RM4000.00 ketika dibina pada ketika itu dengan menggunakan 4 tiang
Tahun demi tahun serta faktor iklim dan cuaca pondok tersebut mengalami kerosakan dan boleh membahayakan para pelajar yang melalui kawasan tersebut
Melalui inisiatif para guru lelaki, mereka telah menyumbangkan tenaga untuk membaik pulih dan menaiktaraf pondok tersebut dari 4 tiang ke 6 tiang dan menggunakan tiang batu untuk menjamin ketahanan dalam jangka masa yang lebih lama
Semoga pondok ini dapat memberikan manafaat kepada warga SuBur
Perbincangan telah dilakukan pada 8/2/2022 antara pihak pengurusan, PIBG dan guru berkaitan keadaan Pondok Sukan yang sudah uzur dan membahayakan keselamatan para pelajar
9/2/2022 YDP PIBG telah membuat lawatan dan bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM1700.00 untuk kos membaikpulih dan menaiktaraf pondok berkenaan
Gerak kerja membaik pulih bermula 9/2/2022
Peralatan melibatkan penggunaan kapal korek yang digunakan mengangkut pasir dari sebelah Dewan Dato' Noh Omar (pasir lebihan pembinaan Dewan Tan Sri Noh Omar)
Hari Pertama
Mula memasang tiang
melibatkan tenaga kerja 5-6 orang guru lelaki
Hari Kedua
Menggantikan tiang yang lama
memasang rangka zink
Hari Ketiga
Memasang zink
merata dan membersihkan tapak pondok
Selesai