Majlis ini telah berlangsung seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 24 Januari 2022 (Isnin)
Masa : 9:00 pagi
Tempat : Bilik Murabbi dan persekitaran sekolah
Tetamu : Pegawai PPD Kuala Selangor (dijangka seramai 7 orang pegawai akan hadir)
Peserta : Pentadbir, guru terlibat dan pelajar-pelajar tingkatan 5
Tentatif:
Kata alu-aluan Pengerusi
Bacaan Doa
Ucapan PK1 (Tn Hj Mohd Hanim bin Satek)
Ucapan KPPD/Pegawai PPD
Bicara motivasi ke kelas-kelas serentak oleh Pegawai PPD (15 hingga 20 minit)
Lawatan ke:
bilik kaunseling
lorong, sudut PPDA
lorong Sudut Kerjaya
Jamuan
Guru bertugas:
Tn Hj Mohd Hanim bin Satek (PKP)
En Adnan bin Ibrahim (PK HEM)
En Hilan Kamarotjaman bin Hashim (GKMP Kemanusiaan)
Pn Norashikin binti Mat Sharif (GKMP Bahasa)
En Hasnan bin Mat Nawi (GKMP Sains Matematik)
Tn Hj Sabri bin Abdullah (GKMP Teknik Vokasional)
Pn Asidah binti Dahalan (GBK) - Jamuan
Pn Noor Afedah binti Khalid (GBK) - Pengacara Majlis
En Hasnulfikri bin Mahbot (GPB) - Peralatan
Ustaz Mohd Azrul bin Mahbud - Bacaan Doa
Pegawai PPD yang hadir:
En Nor Azli b. Yusop
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid
En Azmi bin Sabar
Penolong PPD
Sektor Perancangan
En Nurazaludin Azmil bin Razaly
Penolong PPD
Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid
Pn Nur Aimi Nadia bt Che Abdul Halim
Pn Siti Noor Baiti bt Mustafa
Penolong PPD
Hal Ehwal Murid
PPD Kuala Selangor
Pegawai-pegawai PPD tiba di SMKSB pada pukul 11:00 pagi dan dibawa masuk ke Bilik Murabbi. Tn Haji Mohd Hanim mengalu-alukan kehadiran pelawat dengan pembentangan tentang latar belakang sekolah berkaitan sumber dan program akademik.
Seterusnya, Pegawai-pegawai PPD dibawa ke kelas-kelas tingkatan 5 untuk sesi motivasi. En Nor Azli dan Pn Siti Noor Baiti memberi kata-kata motivasi dan semangat kepada pelajar-pelajar kelas tingkatan 5, dimulai dengan 5A, 5B, 5D dan 5C.
Kemudian, mereka dibawa ke laluan PPDA dan Bilik Kaunseling seperti yang dirancang lebih awal.
Pertemuan diakhiri dengan sedikit jamuan dan ditutup dengan pemberian cenderamata daripada pihak sekolah.
En Azmi (Pegawai PPD) mengisi buku pelawat.
En Nor Azli mengetuai rombongan lawatan oleh PPDKS.
Pn Noor Afedah menjadi pengacara majlis memulakan bicara.
Ustaz Mohd Azrul memimpin bacaan doa.
Tn Hj Mohd Hanim membuat pembentangan tentang situasi semasa sekolah.
Sesi motivasi di kelas 5 Anggun.
Sesi motivasi di kelas 5 Cekal.
Sesi ramah mesra dan motivasi kepada pelajar kelas 5C.
Pn Siti Noor Baiti memberi motivasi dengan penuh bersemangat.
Rakan-rakan guru dan pegawai PPD lain yang mengiringi En Nor Azli memberi motivasi dari kelas ke kelas.
Penyerahan cenderamata sebagai tanda kenangan dan penghargaan kepada pihak PPDKS kerana sudi melawat dan memberi motivasi kepada calon-calon SPM 2021.
Terima kasih kerana sudi hadir ke sekolah kami. Semoga kehadiran tuan-tuan memberikan inspirasi kepada warga SuBur.