Pertandingan Video Pendek Keselamatan Jalan Raya KITARA: Suara Belia
Pautan penghantaran video pertandingan telah diedarkan melalui e-mel peserta pada 1 Julai 2026. Mohon semak peti masuk e-mel anda.
Pertandingan Video Pendek Keselamatan Jalan Raya KITARA: Suara Belia
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) ditubuhkan sebagai sebuah institut pemikir yang bernaung di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia. Tujuan utama penubuhan MIROS untuk memupuk sains dan kesenian dalam intervensi keselamatan jalan raya di Malaysia dan global.
Sejajar dengan peranan sebagai sebuah pusat sehenti penjanaan, penghasilan dan penyebaran ilmu serta maklumat keselamatan jalan raya, MIROS dengan sukacitanya mengumumkan penganjuran pertandingan mereka cipta video pendek berkenaan komuniti selamat di jalan raya.
Pertandingan ini terbuka kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) 2026. Para pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang berminat adalah dipelawa untuk menghantarkan karya mereka mengikut tema dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Menyediakan platform bagi pelajar untuk menggabungkan fakta sains keselamatan jalan raya dengan elemen kesenian melalui penghasilan video pendek.
Menggalakkan pelajar dan masyarakat memahami nilai-nilai keselamatan jalan raya.
Mencungkil potensi video pendek sebagai medium berkesan ke arah pembudayaan keselamatan jalan raya.
Hadiah Tempat Pertama
Hadiah Tempat Kedua
Hadiah Tempat Ketiga
Hadiah Tempat Keempat
Hadiah Tempat Kelima
Hadiah Tempat Saguhati x 5 Pemenang
Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar Institut Pendidikan Tinggi yang berdaftar di Malaysia.
Pendaftaran mestilah dibuat menggunakan alamat emel rasmi institusi peserta.
Video mestilah berdurasi antara 1:00 hingga 3:00 minit. Karya yang melebihi 3:00 minit (tidak termasuk credit title) akan ditolak.
Video mestilah mengandungi sebahagian klip video atau footage crash test yang diberikan oleh pihak penganjur selepas pendaftaran.
Video perlu dihantar dalam format .mp4 atau .mov dengan kualiti resolusi minimum Full HD (1920x1080), Ultra HD atau 4K sahaja.
Video mestilah dalam format landscape.
Audio hendaklah jelas, mudah didengari dan berkualiti.
Video hendaklah dalam Bahasa Melayu sahaja.
Penggunaan dialek/bahasa daerah adalah digalakkan dan mestilah disertakan dengan sarikata.
Semua video yang dihantar adalah menjadi hak milik MIROS.
Sebarang penggunaan hasil daripada Kecerdasan Buatan atau Artificial Intelligence (A.I.) adalah dibenarkan dan perlu dinyatakan dalam borang penyertaan.
Setiap penyertaan adalah secara individu atau berkumpulan.
Setiap penyertaan akan menerima e-sijil melalui emel yang didaftarkan.
Karya mestilah asli dan tidak pernah diterbitkan dalam mana-mana platform.
Keputusan juri adalah muktamad. Sebarang rayuan atau pertikaian tidak akan dilayan.
Untuk keterangan atau sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pn. Afifah Aisyah atau En. Asrul Sani di talian 03-89249200 atau e-melkan ke asrulsani@miros.gov.my/kitara@miros.gov.my.
Pendaftaran Pertandingan:
20 April - 6 Jun 2026
Tarikh Tutup Pendaftaran:
dilanjutkan sehingga 14 Jun 2026
Penghantaran Video Pertandingan:
25 Mei - 16 Ogos 2026
Saringan oleh penganjur:
27 Julai - 2 Ogos 2026
Penjurian pertandingan:
3 Ogos - 31 Ogos 2026
Pemakluman kepada Pemenang:
1 September - 30 September 2026
Soalan Lazim (FAQ)
Siapakah yang layak menyertai pertandingan ini?
Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar IPTA dan IPTS di Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama yang sedang mengambil kursus pada peringkat sijil, diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana atau ijazah doktor falsafah (PhD).
Apakah alamat e-mel yang boleh digunakan untuk mendaftar dalam pertandingan ini?
Pihak Urus Setia hanya menerima pendaftaran yang menggunakan alamat e-mel rasmi pelajar (contoh; qwerty@student.uitm.edu.my, qwerty@oum.edu.my, qwerty@sgpetani.ikm.edu.my, qwerty@moe-dl.edu.my, dan sebagainya) sebagai bukti penyertaan adalah dari kalangan pelajar IPTA dan IPTS di Malaysia.
Apakah IPT yang terlibat?
IPT yang terlibat termasuklah pra-U (kolej tingkatan enam, matrikulasi dan asasi), kolej komuniti, institut kemahiran, politeknik dan institut pendidikan guru dan universiti.
Adakah klip video perlanggaran yang dibekalkan oleh MIROS perlu digunakan selari dengan jalan cerita video yang dihasilkan, atau boleh diletakkan secara umum (contohnya sebagai selingan/penekanan mesej)?
Penggunaan klip video perlanggaran adalah bebas dan terbuka kepada kreativiti peserta. Penggunaan klip video tidak semestinya perlu selari dengan jalan cerita (storyline) keseluruhan video. Klip tersebut boleh juga digunakan sebagai selingan (cutaway) mahupun sebagai penekanan mesej bagi memperkukuh impak kesedaran keselamatan jalan raya yang ingin disampaikan.
Bagaimana untuk menghantar video penyertaan kepada penganjur?
Kami sedang memperkemaskan mekanisme hantaran video tersebut. Maklumat lanjut akan dihantar selewat-lewatnya 30 Jun 2026 melalui e-mel yang telah didaftarkan.