Kursus pengendalian makanan adalah kursus yang WAJIB di hadiri oleh semua pengendali makanan di Malaysia. Pengendali makanan bermaksud individu yang secara langsung atau tidak langsung mengendalikan makanan. Kegagalan mematuhi syarat ini sekiranya di dapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara maksima 2 Tahun atau denda RM10,000.
Malaysian College of Hospitality & Management merupakan sebuah kolej swasta yang telah diberi pengiktirafan oleh KKM untuk mengendalikan kursus ini sejak 2020.
KOD SLPM: A/J/049
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melancarkan Program Kursus & Latihan Pengendali Makanan (LPM) pada tahun 1996 dengan mengiktiraf institusi swasta bagi menjalankan kursus asas dalam aspek kebersihan dan pengendalian makanan.
Objektif Program ini ialah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada semua pengendali makanan mengenai aspek-aspek kebersihan dan keselamatan makanan, diri pengendali dan premis makanan dan seterusnya bagi mengurangkan kejadian keracunan makanan di seluruh negara.
Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009 telah diwartakan pada 28 Februari 2009 dengan mewajibkan semua pengendali makanan menjalani Kursus LPM di Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh KKM.
Peserta perlu hadir sepenuh masa selama 3 jam.
Yuran RM50.00 setiap peserta, termasuk nota & sijil.
Peserta dapat mengetahui kepentingan kebersihan dan keselamatan makanan untuk dijual dan juga AKTA-AKTA serta Peraturan-peraturan yang PERLU dipatuhi bagi menjamin hasil makanan yang selamat dimakan.
Peserta dapat mengetahui cara-cara penyediaan, penjagaan dan memastikan kebersihan makanan melalui penjagaan kebersihan diri, fizikal, pakaian yang sesuai, jenis-jenis alat perlindungan, peralatan memasak serta persekitaran premis perniagaan yang bersih.
Peserta dapat mengetahui penjagaan keselamatan makanan bermula dengan pemilihan bahan mentah yang berkualiti dan pengendalianya, penyimpanan makanan sebelum dan selepas dimasak, cara-cara menghidang, membungkus dan penghantaran makanan ke lokasi lain.
Peserta dapat mengetahui 11 faktor kritikal yang menyebabkan makanan menjadi beracun dan tidak selamat dimakan.
Atau klik butang dibawah untuk terus ke whatsapp;