Sejak ditubuhkan pada 1971, aktiviti dilaksanakan MAKSAK berjaya membentuk anggota perkhidmatan awam yang cergas, aktif, berdisiplin, komited dan mempunyai daya saing tinggi dalam mendepani setiap cabaran dan tugasan sesuai dengan motto MAKSAK Sarawak sendiri iaitu “Badan Sihat Mental Cergas Produktiviti Meningkat”
Selain membantu perkembangan sukan, MAKSAK juga menjadi platform menyatukan dan merapatkan anggota perkhidmatan awam daripada pelbagai lapisan di seluruh tempat termasuklah setiap bahagian Sarawak sehingga ke seluruh Malaysia.
Kejayaan-kejayaan yang dicapai juga diharap menjadi inspirasi kepada semua atlet perkhidmatan awam untuk meneruskan kecemerlangan dalam sukan yang diceburi serta menjadi suri teladan kepada penjawat awam lain