Pelantar ini menawarkan pelbagai aplikasi, e-pembelajaran dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan guru dan murid untuk menggerakkan pembelajaran dalam talian, contohnya:
Google Classroom
Microsoft 365
Apple Learning Centre
Merupakan platform tunggal yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh para pendidik dan juga pelajar untuk belajar secara dalam talian.
Sistem eQALAM menggunakan platform yang sama iaitu halaman Google Sites sebagai tapak asas bagi platform ini.
Google menerusi Google for Education menjalankan pelbagai program untuk pendidikan global sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat mereka.
Mereka menyokong inisiatif terkini dengan menyediakan akses khas kepada sistem dan aplikasi-aplikasi pendidikan serta membekalkan idea serta modul-modul pembelajaran.
Google menawarkan pakej G-Suite for Education yang terbukti sebagai sebagai satu ekosistem pembelajaran online terbaik berasaskan perkomputeran awan (cloud computing).
Antara budaya baharu yang ingin diwujudkan adalah memberi demokrasi kepada pembelajaran, memantapkan kemahiran pelajar untuk keperluan masa hadapan serta pembangunan komuniti dengan galakan perkongsian kepakaran dan kemahiran.
Sistem eQALAM merupakan platform perkongsian dan kolaborasi yang menyediakan ruang untuk para guru mengetengahkan idea-idea dalam pendidikan. Oleh itu, mereka menyediakan platform yang dikenali sebagai Ruang Ilmu menerusinya.
MAIWP mempelawa para guru untuk berkongsi sebarang kandungan pendidikan menerusi halaman khas yang disediakan menerusi platform ini. Ini untuk mengalakkan guru berkongsi sumber pembelajaran serta membolehkan guru menyokong antara satu sama lain.
Kesimpulannya, Sistem eQALAM merupakan satu inisiatif yang dibangunkan MAIWP untuk menawarkan pelbagai aplikasi dan perkhidmatan secara digital. Ianya akan memudahkan guru dan pelajar belajar dengan penawaran pengalaman penggunaan platform digital secara tunggal untuk pelbagai perkara. MAIWP juga akan berkerjasama dengan pelbagai rakan dalam penyediaan kandungan pendidikan untuk diakses atau dipautkan menerusi platform pembelajaran maya ini.