Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersial (UPIK) diwujudkan bertujuan untuk menjadi peneraju pembudayaan penyelidikan dan inovasi di kalangan warga kolej komuniti. Ia berfungsi sebagai pusat bagi penyelarasan aktiviti penyelidikan dan inovasi seperti pertandingan atau pameran produk inovasi. Selain itu, membantu aktiviti pembentangan dan penerbitan kertas kerja penyelidikan.
Membudaya dan memperkasakan aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan dalam kalangan staf dan pelajar Kolej Komuniti Ledang (KKLJ)
Pusat penyelarasan aktiviti penyelidikan, inovasi dan komersial dalam kalangan pensyarah dan staf KKLJ.
Pusat pengumpulan dan rujukan bahan penulisan ilmiah, bahan inovasi dan bahan penyelidikan di peringkat institusi, zon, kebangsaan dan antarabangsa.