Panduan tempat letak kereta
Tempat letak kereta di tingkat bawah premis gereja disediakan tetapi terhad. Jika penuh, parkir tambahan boleh didapati di Pusat VSQ (bangunan bersebelahan dengan Pusat Luther) pada kadar rata RM 4.40 setiap kemasukan.
* Kami menggalakan pengumpulan kereta apabila boleh, kerana ia mudah dan mesra alam.
Dengan Transit (Kereta Api LRT)
Stesen LRT terdekat ke Luther Centre ialah Asia Jaya (KJ21). Dari Asia Jaya stesen, hanya 5 minit berjalan kaki ke Luther Centre.
Dengan Kereta
Ikut arahan Waze atau Google Map. (lihat pautan ke Peta Google atau Peta Waze di atas)
Dengan Kapalterbang
Terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur atau Lapangan Terbang Subang. Pilih dari pelbagai pilihan pengangkutan darat:
a) Laluan keretapi KLIA Ekspres yang membawa anda ke Stesen KL Sentral. Di sini, anda boleh menaiki teksi atau kereta e-hailing. Anda juga boleh menaiki LRT KJ Line (lihat di atas)
b) Naiki kereta-hailing atau kerata limo lapangan terbang selepas tiba di lapangan terbang
Ya, Saya akan sertai acara ini.
Pendaftaran adalah pilihan tetapi ia membantu kami merancang untuk tempat duduk dan menyedia makan/minum.