Panduan tempat letak kereta
Ikuti arahan daripada sukarelawan RELA kami.
Tempat letak kenderaan di sepanjang Jalan Abdullah amat terhad.
Pilihan terbaik ialah meletak kereta di salah satu daripada dua tempat letak kereta awam di sepanjang Lengkok Abdullah. Mereka berada kira-kira 100 meter SEBELUM anda tiba di Gereja Lutheran Bangsar.
** Kami menggalakkan carpool sebanyak mungkin. Ia juga memberi manfaat kepada alam sekitar.
Keretapi Transit (LRT)
Stesen terdekat adalah Stesen Bangsar (KJ17).
Ia mengambil masa 12 minit berjalan kaki dari stesen ke BLC
Kereta
Ikut arahan Waze atau Google Map. (lihat pautan ke Google Map atau Waze Map di atas)
Kapalterbang
Terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur atau Lapangan Terbang Subang. Pilih dari pelbagai pilihan pengangkutan darat:
a) Laluan keretapi KLIA Ekspres yang membawa anda ke Stesen KL Sentral. Di sini, anda boleh menaiki teksi atau Grabcar (e-hailing) Anda juga boleh menaiki LRT KJ Line (lihat di atas)
b) Naiki Grabcar (pada aplikasi mereka) selepas tiba di lapangan terbang
c) Naiki limo lapangan terbang
Ya, Saya akan sertai acara ini.