Unit kitar semula pusat sumber telah menganjurkan satu pertandingan kitar semula antara kelab dan persatuan sepanjang bulan jun sehingga bulan ogos tahun 2024. Antara barangan kitar semula yang kami terima ialah kertas, surat khabar lama, buku, majalah dan kotak.
Pelbagai hadiah lumayan telah disediakan iaitu:
Tempat pertama:
Hadiah yang bernilai RM 200
Tempat kedua:
Hadiah yang bernilai RM 150
Tempat ketiga:
Hadiah yang bernilai RM 100
dan
3 x hadiah saguhati
bernilai RM 50
Unit kitar semula pusat sumber akan membuat kutipan setiap hari Isnin pada pukul 2.40 -3.10 pm di Bilik Seminar.
Program Pertukaran Pembelajaran Kebudayaan Malaysia-Jepun
Pusat Sumber telah terlibat mengadakan aktiviti promosi dan demonstrasi "Traditional Games" sempena Program Pertukaran Pembelajaran Kebudayaan Malaysia-Jepun yang diadakan pada Rabu 26/6/2024. Permainan tradisional yang diperkenalkan adalah :
1. Congkak
2. Batu seremban
3. Colek lidi
4. Gasing
5. Baling guli