PENGENALAN
Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) komited dalam peningkatan kualiti secara berterusan bagi menyediakan peluang pendidikan tinggi bersepadu dan berkualiti bagi melahirkan individu yang berilmu, berketrampilan dan berakhlak untuk menyokong keperluan Negara dalam era ekonomi digital.
Â
Dasar Jaminan Kualiti disediakan untuk memberi panduan kepada pihak pengurusan, staf akademik, staf pentadbiran dan staf sokongan dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab mereka bagi memastikan kualiti akademik dicapai dan dipertingkatkan, selaras dengan misi dan visi KTD. Dasar ini juga memastikan KTD melaksanakan spesifikasi standard program, kriteria standard akreditasi dan kerangka kelayakan yang ditetapkan.
DASAR KUALITI
KTD komited dalam menyediakan pelan jaminan kualiti yang komprehensif dan memastikan ia dibudayakan oleh warga KTD demi memenuhi keperluan pelanggan melalui kolaborasi yang berkesan serta penambahbaikan yang berterusan.
VIDEO JABATAN
Video Aktiviti JADK
POSTER KUALITI