Jabatan Pendaftar, Kolej Teknologi Darulnaim
Jabatan Pendaftar, Kolej Teknologi Darulnaim
Semoga semua graduan KTD sentiasa dalam rahmat Allah dan berjaya dalam bidang yang diceburi. Unit rekod Jabatan Pendaftar, KTD dalam usaha mengumpul dan mengemaskini maklumat graduan dengan tujuan dapat mengeratkan hubungan diantara para graduan yang dikasihi. Oleh yang demikian, pihak KTD memerlukan butiran anda para alumni untuk sama-sama meneruskan ukhuwah yang dibina.
Kemaskini Maklumat Alumni
Mohon pelajar yang tamat pengajian mengisi link berikut untuk untuk rekod Alumni Jabatan Pendaftar. Klik pautan alumni berikut
https://www.alumni.ktd.edu.my/
Pertanyaan / Kemusykilan
Untuk pertanyaan perkara yang berkaitan, boleh hubungi Puan Jurainey di
09-7879640/41 / 0199669102 / jurainey@ktd.edu.my
Garis Panduan Mendapatkan Skrol dan Transkrip
Berikut adalah garis panduan untuk mendapatkan skrol dan transkrip :
Graduan digalakkan untuk membuat temujanji terlebih dahulu untuk proses semakan dan penyediaan dokumen.
Graduan boleh hadir sendiri ke pejabat sekiranya ingin mendapatkan skrol dan transkrip. ( 9.00 hingga 3.00 / Ahad hingga Khamis) sepanjang bulan puasa.
Sila pastikan semua tunggakan yuran telah diselesaikan sebelum mengambil dokumen. Untuk pertanyaan berkaitan kewangan/ tunggakan yuran, sila klik pautan berikut
Para graduan perlu mengemukakan dokumen pengenalan diri (Kad Pengenalan) semasa mengambil Transkrip dan Sijil Diploma.
Pengambilan bagi pihak wakil atau melalui pos tidak digalakkan atas dasar keselamatan dan kerahsiaan. Selain itu juga, tiada jaminan dokumen ini akan sampai ke tangan graduan. Pihak KTD tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan dokumen berkenaan.
Graduan dinasihatkan untuk mengambil sijil diploma dan transkrip dalam tempoh tidak lebih 1 tahun kerana dokumen tersebut adalah penting. Graduan diminta untuk menyimpan dokumen dengan cermat dan selamat.
Contoh Kandungan Surat Kebenaran
Contoh Surat permohonan penghantaran skrol dan transkrip
Surat atau permohonan hendaklah di emailkan kepada
jurainey@ktd.edu.my / info@ktd.edu.my
Contoh 1 (wakil)
Surat Kebenaran Mengambil Skrol dan Transkrip Akademik
Dengan hormatnya, saya, [Nama Penuh Graduan], No. Kad Pengenalan [Nombor Kad Pengenalan Graduan], ingin membenarkan [Nama Penuh Wakil], No. Kad Pengenalan [Nombor Kad Pengenalan Wakil], untuk mengambil scroll dan transkrip saya bagi pihak saya [Nama Universiti/Institusi].
Saya bertanggungjawab sepenuhnya atas tindakan yang diambil oleh wakil saya.
Bersama-sama surat ini, saya lampirkan salinan kad pengenalan saya dan kad pengenalan wakil untuk rujukan pihak tuan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
[Tandatangan Graduan]
[Nama Penuh Graduan]
[Tarikh]
Contoh 2 (Pos)
Tuan/Puan,
Permohonan Penghantaran Skrol dan Transkrip Akademik
Perkara di atas adalah dirujuk. Dengan ini saya memohon untuk penghantran skrol dan transkrip akademik saya mengikut butiran seperti berikut :’
Nama :
No KP :
No Telefon :
Alamat Lengkap:
Bersama ini disertakan salinan Mykad untuk rujukan pihak tuan.
Saya faham bahawa penghantaran skrol dan transkrip akademik saya adalah tertakluk kepada syarat tiada sebarang tunggakan yuran dengan pihak KTD dan pihak KTD tidak akan bertanggungjawab ke atas kerosakan atau kehilangan skrol dan transkrip akademik semasa penghantaran.
Kerjasama tuan dalam perkara ini diucapkan terima kasih.
Yang benar,
Permohonan Skrol Akademik Yang Hilang (Gantian)
Panduan permohonan
Laporan polis/Surat Akuan Bersumpah mengenai kerosakan atau kehilangan Transkrip Akademik di mana-mana balai polis yang berhampiran.
Surat rasmi menyatakan permohonan penggantian Transkrip Akademik dan sebab-sebab kehilangan.
Lampirkan salinan kad pengenalan pemohon.
Boleh emailkan permohonan skrol dan transkrip gantian (perkara 1, 2 & 3) kepada info@ktd.edu.my
Caj untuk cetakan semula skrol dan transkrip akademik untuk
Diploma KTD - RM250 (tertakluk kepada perubahan semasa).
Diploma UTM - tertakluk kepada caj utm
(RM500 - skrol, RM200 - transkrip)
Caj pos - semenanjung Malaysia (RM10)
Sabah / Sarawak (RM15)