Dengan hormatnya, saya ingin menarik perhatian saudara/i berkaitan perkara di atas dan Peraturan Akademik KPTM 2022 adalah berkenaan.
2. Semua pelajar program diploma Sesi Julai 2026 (Semester Pendek) yang aktif dikehendaki menyemak dan seterusnya membuat pengesahan kursus yang telah didaftarkan dalam sistem SPMP serta mengikut panduan yang telah ditetapkan seperti di LAMPIRAN A.
3. Sekiranya pelajar gagal membuat pengesahan, pendaftaran kursus tersebut dianggap sah dan muktamad.
Keprihatinan dan kerjasama saudara/i dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Kemaskini : 30 Julai 2026
Seksyen Jaminan Kualiti, Pejabat Pengarah KPTM Ipoh memohon kerjasama Dr./Ts./Tuan/Puan untuk membantu menghebahkan dan menggalakkan penyertaan semua pelajar KPTM Ipoh dalam melengkapkan Student Satisfaction Survey 2026. Maklum balas yang diterima amat penting sebagai input bagi menilai tahap kepuasan pelajar serta mengenal pasti ruang penambahbaikan terhadap kualiti perkhidmatan dan pengalaman pembelajaran di KPTM dan UPTM.
Bagi tujuan capaian dan pengisian kaji selidik ini, pelajar perlu mendaftar masuk menggunakan e-mel rasmi pelajar (cth: xxx@kptm.edu.my)
Pautan : Kaji Selidik Kepuasan Pelajar KPTM & UPTM
Tarikh akhir pengisian kaji selidik ini ialah pada 12/8/2026.
Kemaskini : 27 Julai 2026
Adalah dimaklumkan bahawa proses tambah / gugur kursus pelajar bagi sesi Julai 2026 bermula pada :
i) Julai 2026 (Sem Pendek) 13 Julai 2026 – 17 Julai 2026 (Lampiran Memo)
ii) Julai 2026 (Sem Panjang) 13 Julai 2026 – 24 Julai 2026 (Lampiran Memo)
Sila rujuk panduan di Lampiran untuk maklumat lanjut.
Kemaskini : 13 Julai 2026