Kepentingan ibadah solat sewaktu sakit :
Sebagai satu cara untuk memohon penyembuhan daripada Allah.
Sebagai tanda kesabaran kita dalam menghadapi ujian tersebut dan akan terus melakukan ketaatan.
Sebagai tanda kesedaran betapa lemahnya makhluk dan tetap mengharapkan pertolongan daripada Allah.
1. Basuh muka beserta niat wudhu'
2. Membasuh kedua-dua belah tangan hingga ke siku.
3. Menyapu sedikit air di kepala.
4. Membasuh kedua-dua belah kaki hingga ke buku lali.
Balutan yang sukar dibuka atau memudharatkan jika dibuka memadai hanya disapu air di atasnya.
Sebab -sebab diharuskan bertayammum:
Tiada air atau ada air tetapi cukup untuk keperluan makan dan minum sahaja.
Apabila menggunakan air akan memudharatkan atau membahayakan penyakit yang dihadapi.
Apabila ada tampalan atau balutan seperti simen pada anggota wudhu' atau pada badan.
Bahan-bahan untuk bertayammum:
Debu tanah atau apa jua bahan yang suci daripada jenis muka bumi seperti batu, garam bukit dan lain-lain.
Lafaz niat tayammum:
"Sahaja aku bertayammum bagi mengharuskan fardhu solat kerana Allah Taala".
1. Tepuk kedua-dua tapak tangan pada debu sekali beserta niat ketika memindahkannya sehingga menyentuh sebahagian muka.
2. Sapu dan ratakan debu ke muka.
3. Tepuk kedua-dua tapak tangan pada debu tayammum sekali lagi.
4. Sapu dan ratakan debu di kedua-dua tangan hingga ke siku.
Pesakit yang tidak mampu solat berdiri dan mampu duduk.
1. Niat & Takbiratul Ihram.
2. Ruku' dengan menundukkan sedikit kepala.
3. I'tidal.
4. Sujud dengan menundukkan kepala melebihi paras ruku'
5. Duduk antara dua sujud.
6. Memberi Salam.
Ulang perbuatan yang sama sehingga sempurna solat dengan diakhiri salam.
Pesakit yang tidak mampu solat berdiri dan mampu duduk.
1. Niat & Takbiratul Ihram.
2. Ruku' dengan menundukkan sedikit kepala.
3. I'tidal.
4. Sujud dengan menundukkan kepala melebihi paras ruku'
5. Memberi Salam.
*Pesakit boleh memilih untuk solat duduk dibirai katil, di atas kerusi atau di atas lantai mengikut kemampuan.
Ulang perbuatan yang sama sehingga sempurna solat dengan diakhiri salam.
Pesakit yang tidak mampu solat berdiri dan mampu duduk.
1. Niat & Takbiratul Ihram.
2. Membaca Al-Fatihah.
3. Rukuk dengan menundukkan sedikit sahaja kepala dan sekiranya tidak mampu, tutup separuh kelopak mata (sebagai isyarat untuk ruku').
4. I'tidal.
5. Sujud dengan menundukkan kepala melebihi paras ruku' dan sekiranya tidak mampu, tutup kelopak mata (sebagai isyarat untuk sujud).
6. Tahiyyat dan memberi Salam.
*Sekiranya pesakit tidak mampu untuk menggerakkan anggota/kepala/mata maka pesakit boleh menggunakan isyarat hati.
Ulang perbuatan yang sama sehingga sempurna solat dengan diakhiri salam.