KURSUS PENYEDIAAN DAN PENGURUSAN KERTAS DASAR & KERTAS JEMAAH MENTERI TAHUN 2026
KURSUS PENYEDIAAN DAN PENGURUSAN KERTAS DASAR & KERTAS JEMAAH MENTERI TAHUN 2026
memberi pendedahan, meningkatkan kemahiran dan kualiti penyediaan dan pengurusan Kertas Dasar dan Kertas Jemaah Menteri dalam kalangan pegawai bahagian dan agensi;
menerangkan proses dan prosedur terkini penyediaan serta pengurusan penghantaran Kertas Jemaah Menteri secara dalam talian berdasarkan kepada Arahan Setiausaha Jemaah Menteri (ASUJM) 2024 baharu yang telah berkuat kuasa pada 2 Disember 2024;
menerangkan proses Kertas Dasar dan Kertas Jemaah Menteri dalam kitaran penggubalan peraturan dari peringkat keputusan Jawatankuasa Dasar Kementerian dan Jemaah Menteri sehingga proses penggubalan di Jabatan Peguam Negara (AGC); dan
mewujudkan jaringan kerjasama yang efektif iaitu melalui platform komunikasi dua hala di antara pegawai bahagian dan agensi kementerian dengan pegawai dari Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri (BKPP, JPM).
Puan Saripah Noraini binti Syed Abd Rahman
Ketua Penolong Setiausaha
Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri (BKPP, JPM)
Encik Mohd Shafarudin bin Osman
Pegawai Teknologi Maklumat
Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri (BKPP, JPM)
Encik Khairul Aiman bin Lokman
Penolong Setiausaha Kanan
Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri (BKPP, JPM)
Hotel Grand Riverview
151, Jalan Post Office Lama
Bandar Kota Bharu
15000 Kota Bharu, Kelantan
Tel : 09-743 9988