SEKOLAH PENGAJIAN ISLAM & SAINS KEMANUSIAAN (SPISK)
Sekolah Pengajian Kontemporari Islam Al Farabi telah ditubuhkan pada 2015 dan distruktur semula kepada Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FPKI). Pada 1 Ogos 2024 penstrukturan semula terlaksana dengan nama baru kepada SEKOLAH PENGAJIAN ISLAM & SAINS KEMANUSIAAN (SPISK).
Bermula dengan penawaran kursus-kursus pengajian umum untuk program-program pengajian di KPB, SPISK ini telah mengorak langkah lebih jauh. Berbekalkan kesedaran untuk melahirkan sumber manusia yang memenuhi keperluan ummah dan industri, SPISK telah menawarkan program-program sendiri (homegrown) yang mendapat pengiktirafan pihak industri. Program-program pengajian homegrown terawal yang ditawarkan oleh SPISK ini adalah Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, Diploma Pengurusan Zakat dan Wakaf dan Diploma Pengajian Muamalat. SPISK ini adalah yang terawal menawarkan Diploma Pengurusan Haji dan Umrah di dunia. SPISK ini terus berkembang dengan penawaran Diploma Pengurusan Industri Halal, Diploma Syariah Islamiah, Diploma Kaunseling Islam dan Sijil Aplikasi Muamalat selepas itu. Dengan pendedahan pembelajaran di dalam kampus dan di luar kampus, graduan SPISK ini berjaya menempatkan diri masing-masing di industri dan seterusnya membuktikan pengiktirafan industri kepada graduan kami.