Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) dengan sukacitanya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas atas kejayaan saudara dan saudari terpilih mengikuti pengajian Program Matrikulasi Sistem Dua Semester (SDS), Kementerian Pendidikan Malaysia bagi Sesi 2026/2027, serta menyertai warga Kolej Matrikulasi Perlis.
Sila baca dengan teliti dan pastikan semua tindakan diambil
1. Saluran Komunikasi
Pelajar dan ibubapa/penjaga boleh sertai Kumpulan Telegram Tawaran Pelajar Kolej Matrikulasi Perlis sesi 2026/2027 (Group Sementara) untuk mendapatkan informasi berkaitan Pendaftaran & Lapor Diri Pelajar.
Klik & join link Telegram:
>> https://t.me/+2ufQr-C0G5YyMDE1
2. Dokumen Pendaftaran Pelajar
Cetak dan lengkapkan semua keperluan Dokumen Pendaftaran Pelajar Baharu seperti dalam Senarai Semak Dokumen Pendaftaran Pelajar Baharu Program Matrikulasi, KPM yang telah dibekalkan.
3. Maklumat Pendaftaran Online
Sebelum mendaftar, sila baca dengan teliti dan sediakan maklumat berikut:
No. Slip Bayaran Yuran Pendaftaran (BSN) atau Reference Number (Online Banking)
No. Akaun Bank Rakyat (akaun persendirian pelajar)
Softcopy gambar berukuran pasport. Berlatar belakang putih sahaja (format .jpg)
No. Telefon Bimbit Pelajar (nombor terkini dan aktif)
*Nota Penting:
Sila rujuk Panduan e-Pendaftaran Pelajar untuk mendapatkan No. Akaun (BSN) Kolej Matrikulasi Perlis.
4. Pendaftaran Online
5. Maklumat Tambahan
Sila baca dengan TELITI dan CETAK untuk kelancaran proses pendaftaran & Lapor Diri pada 08 Jun 2026 (Isnin) Nota: Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa
>> Pelekat Kenderaan (Sementara) ⭐
>> Pelan Pengerakan Kenderaan Waris ⭐
>> Jadual Minggu Pengurusan Pelajar Baharu Sesi 2026/2027 ⭐
>> Kalendar Akademik Sesi 2026/2027
Sebarang pertanyaan berkaitan urusan pendaftaran dan tawaran kemasukan, sila hubungi:
Telefon : 04-986 8613
Emel : info@kmp.matrik.edu.my
Laman Web Rasmi : www.kmp.matrik.edu.my
Waktu operasi pejabat adalah pada hari bekerja sahaja.
Segala maklum balas akan diberikan dalam tempoh waktu pejabat.
Sebarang maklumat terkini, pengumuman rasmi dan hebahan penting akan disalurkan melalui:
Kumpulan Telegram Tawaran Pelajar
Kolej Matrikulasi Perlis
Sesi 2026/2027