Soalan Lazim Borang Perjanjian
Soalan lazim yang ditanya
Bagaimana cara untuk mengisi borang perjanjian
- Perlukan 2 set borang (tandatangan hidup)
- Guna pen mata bulat (hitam/biru) SAHAJA
- Pen dakwat basah TIDAK DIBENARKAN untuk pengisian borang perjanjian
- Tulisan adalah HURUF BESAR
Bagaimana cara untuk mengisi muka surat kedua borang perjanjian
HANYA ISI di bahagian "Surat Tawaran"
Sila isi rujukan nombor dan tarikh
Rujuk Surat Tawaran untuk nombor rujukan dan tarikh
Bagaimana jika saya tersalah isi pada borang perjanjian?
- JANGAN PADAM guna liquid paper/correction tape
- Potong ayat/perkataan yang salah dengan SATU GARISAN
- Tulis ayat/perkataan yang betul di atas atau tepi yang salah
- Tandatangan ringkas penjamin dan pelajar di atas garisan potong
Apakah syarat penjamin?
- IBU/BAPA/PENJAGA
- Sesiapa yang pendapatan melebihi RM500 DAN umur kurang dari 45 tahun
Apakah syarat saksi?
SATU orang saksi yang sama boleh mewakili pelajar dan penjamin
Saksi mestilah SAMA bagi kedua-dua set borang
SYARAT SAKSI:
I. Warganegara Malaysia
II. Berumur 18 tahun ke atas
III. Memegang salah satu jawatan berikut:
Ahli Dewan Negara/Ahli Dewan
Rakyat/ADUN/JP/Penghulu/
Penggawa/Ketua Kampung
Kakitangan Kerajaan Kumpulan
Pengurusan dan Profesional
IV. Setiap saksi hendaklah menggunakan cap rasmi jawatan dan jabatannya
Dimanakah tempat untuk dapatkan setem hasil?
- RM10 untuk setiap set borang perjanjian
- Pembelian di pejabat POS
- Matikan setem di LHDN
Bagaimana untuk menulis tanda tangan ringkas?
- Setiap mukasurat kecuali mukasurat terakhir
- Tandatangan ringkas penjamin dan pelajar
- Penjuru bawah kanan
Bilakah tarikh perjanjian?
Ikut tarikh setem dimatikan di LHDN
Bilakah tarikh surat tawaran?
Tarikh surat tawaran boleh dijumpai di bahagian atas sebelah kanan surat tawaran
Cara penulisan pada borang adalah seperti di bawah
Apakah alamat kolej?
Alamat kolej
KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN, KPM,
16810 SELISING, PASIR PUTEH, KELANTAN
Apakah nombor rujukan?
Nombor rujukan boleh dijumpai di bahagian atas sebelah kanan surat tawaran
Cara penulisan pada borang adalah seperti di bawah
Apakah yang perlu dibuat pada muka surat terakhir borang perjanjian?
HANYA ISI
- Tandatangan pelajar
- Tandatangan saksi1
- Tandatangan penjamin
- Tandatangan saksi2
- Saksi 1 dan saksi 2 BOLEH INDIVIDU YANG SAMA
MOHON KOSONGKAN BAHAGIAN TANDATANGAN DAN SAKSI KERAJAAN MALAYSIA