Kolej Komuniti Teluk Intan ialah sebuah institusi pendidikan tinggi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia yang menawarkan dua program sepenuh masa di peringkat sijil iaitu Sijil Animasi 3D dan Sijil Penyeliaan Tapak Bina serta kursus jangka pendek.
Kolej ini berperanan sebagai pusat pembelajaran sepanjang hayat yang memberi peluang kepada mhttps://sites.google.com/kktin.edu.my/unit-ambilan-kkti/utamaasyarakat setempat untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan, dan kebolehpasaran diri selaras dengan keperluan industri semasa.
Melalui pendekatan pengajaran yang berfokuskan kemahiran praktikal dan aplikasi, Kolej Komuniti Teluk Intan komited untuk melahirkan graduan yang berdaya saing, beretika, dan berilmu bagi menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara.
Struktur Unit Ambilan KKTI
Pengarah
En. Mohd Norhairy bin Mohd Yusoff
Timbalan Pengarah (Pengurusan)
En. Hijrah Saputra bin Erwanto
Pegawai Pengambilan
En. Shuib bin Saad
Penyelaras Unit Ambilan
Pn. Ana Rohana Pataniah binti Salahuddin A. I. S